Pages

Aktiviti Pertama di Kampung

Assalamualaikum

Dah sampai ke kampung ke? Alhamdulillah. Esok raya kan? kemain seronok la kome ye. Semalam saya mulakan perjalanan ke Kelantan jam 6.30 petang dan sampai di Kelantan jam 5.00 pagi. Berbuka dan bersahur di dalam perjalanan, memang mencabar. 

Niat nak berhenti makan tetapi memikirkan masa perjalanan masih panjang dan jauh, saya drive sahaja terus ke rumah. Sampai sahaja di rumah, selesai mandi dan solat saya terus sambung tidur sampai ke tengahari. Cover balik penat berjaga sepanjang malam.

Hari ni, 
Masa dihabiskan dengan tolong ayah pasangkan langsir, pasangkan sarung sofa dan pergi beli beberapa barangan dapur serta sempat ke rumah baharu untuk pastikan tukang gril pasang geriji jendela dan pintu mengikut apa yang saya dah tetapkan. Adalah beberapa hal yang mengecewakan terutama tukang gril pergi gril paku di atas mozek tandas sehingga menyebabkan mozek tersebut pecah. Perghhh menyirap. Memandangkan tukang gril tu ayah dah kenal lama jadi saya diamkan ajalah. Satu lagi kesan tapak tangan berbekas di dinding. Dahlah dinding tu warna putih. Tak pasal-pasal kena beli cat and cat balik. Pemaju pula buat hal tak nak endahkan aduan saya tentang beberapa kerosakan. Katanya itu bukan masalah dia, wahal pemaju telah berjanji bahawa kami boleh komplen dalam masa enam bulan. Bila buat aduan...dia ambil sikap lepas tangan. It's okey...kita bagi dia beraya dengan bahagia dulu, nanti raya ke-2 or ke-3 taulah apa yang saya akan lakukan kalau dia buat sikap acuh tak acuh lagi. Agreement ada. Mentang bayaran penuh dah masuk akaun, kau suka hati anaiya orang pula ya. Pemaju tak bertanggungjawab.

Pukul 9.00 tadi, sempat pergi D-Orange yang terletak di Tunjung, survey dapur untuk rumah baru serta beberapa barangan lain. Serius! murah giler berbanding K.L. Ingat K.L dah murah. Huhu. Its okeylah. Kami tambah beberapa perkara penting sahaja. Tak membazir dan pakai apa yang dah dibeli sebelum ini. Rumah baru..katanya barang baru. Ye ke? Agak-agak bujet 24K tu akan jd 30K.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal