Pages

Berkawan tapi 'TAK LEKAT'

Memang sifat perempuan kan suka mengadu masalah pasal kawan perempuan yang begitu, yang begini. Ada sahaja yang tak kena. Dia tanya dalam banyak kawan you, semua tak lekat. WHY?
Saya punya jawapan mudah sahaja, I ada dua orang kawan baik yang you tak tahu dan perhubungan itu kekal selama bertahun dan saya tak terlalu tunjuk kepada umum kerana mereka adalah lelaki. Faham-faham je lah zaman sekarang, orang sibuk mencari salah kita. Berkawan rapat pun dikata berzina, bercinta dan ber segala macam ber. Adalah lebih baik jangan di post kepada umum bakal mengundang fitnah.

Kenapa saya kurang berkawan dengan perempuan? Hal ni saya dah berulang kali explain sebenarnya. 
  • Tidak ada sifat SETIA KAWAN
  • Sering MENGAMBIL KESEMPATAN
  • PENTINGKAN diri sendiri
  • KERAP menipu@berbohong saat perlu bantuan (bila ajak berjalan, mahu pula)
  • Suka cerita KEBURUKAN orang (Tidak mustahil akan buka keburukan kita)
  • Mencari banyak ALASAN (bila minta tolong)
  • Bersikap ACUH dan sambil lewa
Berlainan orang adalah berlainan pendapat. Bagi saya, saya seorang yang cepat serik. Saya sangat sensetif kalau kawan perempuan mengkhianati saya berbanding dengan kawan lelaki. Lelaki ni jenis, kalau bergaduh...habis sini...ialah habis. Dan esoknya akan berkawan seperti biasa melainkan saya sudah tidak boleh berkawan dengan mereka lagi. Bagi perempuan, dia akan mengumpat kita 7 keturunan, itu pun belum tentu nak berhenti. Perempuan ada sifat balas dendam dan tidak mahu mengakui ianya DENDAM. Dan saya pula lebih suka LET GO and MOVE ON. Saya malas nak fikir hal yang tak penting. Ada kisah pergaduhan sebelum ini, saya ambil keputusan untuk diamkan diri. Bukan kerana saya salah tetapi kerana saya tak mahu melayan orang yang Psycopath (Kalau saya membalas kata dia, orang lain melihat saya seperti orang gila juga). Iya udah kalau dia mahu kelihatan menang di atas fitnah dan pembongkaraannya itu. Doa saya semoga dia bahagia tetapi saya ada ternampak dekat feeds yang life dia mula haru biru, No...saya bukan nak cakap itu KARMA tetapi saya yakin perbuatan yang tidak baik, akan mendapat balasan yang tidak baik juga meskipun sekadar kata-kata dan cercaan di media sosial. Well...




2 comments:

  1. ha'ah betul, kalau gaduh dengan lelaki memang cepat je baiknya tapi perempuan ni dia emosi sikit so kadang tu bawa sampai mati gaduhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kena cuba sebaik mungkin menjaga hati mereka kan.. :)

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal