Pages

Jangan Percaya pada JIN

Gambar hiasan
Semalam, Kak Ngah ada datang ke rumah, kitorang borak pasal saudara mara, sihir dan bermacam topik. Dah macam sesi meluahkan perasaan pula. Rupanya apa yang saya alami waktu ketika kali pertama masuk dalam keluarga orang, Kak Ngah pun
mengalami keadaan yang sama. Saya pun cakaplah pada Kak Ngah yang saya dah tak alami lagi gangguan pelik, sudah hampir setahun rasanya. Tak seteruk dulu sampaikan saya jadi tak terurus dan mempunyai sikap baran yang teruk. Saya terpaksa keluar dari rumah disebabkan saya rasa 'kepanasan' bila berada di rumah.

Kak Ngah pun pesan kepada saya, Ustaz dia cakap "Jangan percaya kata-kata JIN dan SYAITAN, mereka suka memperdayakan manusia. Contoh Kawan Angah bawa kawan baik dia pergi Pusat Perubatan Islam untuk berubat, Bila pengamal perubatan tu tanya siapa yang hantar kau (dialog dengan JIN), tetiba JIN tu tuduh kawan baik dia. Terkejut kawan baik dia tu. Kawan baik dia terus cakap...kalau aku la nak sihirkan kau, kenapalah aku bawa kau datang berubat."

Angah pun cakap, waktu pertama kali masuk dalam keluarga mertua, adik ipar dia panggil bomoh untuk berubat kononnya mertua dia 'ditegur' makhluk halus. Dan...dan ... Bomoh tu kata Kak Ngah yang buat. Tak pasal-pasal  Angah dipulaukan. Angah cakap diorang setiap hari keluar, maghrib baru balik...kita maghrib dah kat rumah. Mahu tak 'ditegur'. Ada betulnya banyak pengamal perubatan@bomoh yang memecah belahkan keluarga demi keuntungan semata-mata. 

Kalau pengamal perubatan yang baik, mereka akan merahsiakan dari kita siapa pelaku untuk mengelakkan perbalahan dalam keluarga. Asalkan kita kembali sihat dan pulih, itu sudah memadai. Angah cakap kalau betul orang tu jahat atau sihirkan kita, memaafkan tu lebih baik semoga pelaku akan insaf dan bertaubat.

2 comments:

  1. Betul !! Kebanyakan pengamal perubatan yang baik akan merahsiakan identiti siapa si polan tu untuk mengelakkan permusuhan sesama kita

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal