Pages

Kerana 'KARMA'

Hari ini saya jadi teruja menonton cerita 'KARMA' di Youtube. Rancangan daripada Indonesia ini membongkar kisah-kisah mistik, ilmu ghaib, pendamping dan sebagainya. Saya bukanlah seorang yang kuat semangat tetapi saya cuba menonton untuk melihat pengalaman orang lain yang mempunyai masalah mistik. Adakala saya
kasihan dengan mangsa-mangsa yang terkena ilmu hitam atau yang mengamalkan ilmu hitam ini. Parah buat yang sengaja membuka 'pintu' alam ghaib.

Saya bukanlah seorang yang mudah percaya cerita harut marut. Ya, saya percaya kita hidup berkongsi alam ini dengan pelbagai makhluk termasuk yang tak terlihat. Siang tadi, saya tertidur selepas tonton rancangan KARMA, saya bermimpi ROY KIYOSHI datang dan melakar dua lembaga pada saya, satu kecil dan satu besar. Yang besar itu bertubuh manusia dan berkaki seekor ikan. Dalam mimpi itu saya ingin bertanya ROY KIYOSHI milik siapakah dua lembaga tu tapi belum sempat tanya saya sudah tersedar. Keadaan diluar pula gelap dan hujan lebat. Saya terus bangun dan mandi. Tiba-tiba sahaja badan saya jadi panas dan saya mula terasa ingin pitam. Badan terasa lemah.

Ya. Tiada kaitan dengan saya menonton kisah itu. Mungkin saya terbawa-bawa dengan rancangan itu ke dalam mimpi saya. Kebiasaan bagi saya bila asyik pitam kerana tekanan darah saya sangat rendah walaupun saya makan banyak, minum air lebih. Pada pendapat saya, sebagai seorang beragama ISLAM, mahu atau tidak, suka atau tidak...kita tidak boleh berdamping dengan apa bentuk makhluk sekalipun meski untuk mengubati dan membantu orang lain. Sebagaimana kita solat, sebanyak mana kita berbuat baik... yang salah tetap salah. Itu pasti. Bertaubatlah. 

2 comments:

  1. makhluk ghaib ni memang wujud, dalam al-quran dan kisah nabi pun ada cerita mereka tapi tak kuat semangat lah kalau nak layan program macamni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sometimes... saya pun takut juga. Seram dan sometimes juga terbawa dalam tidur..

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal