Pages

Melawat Abah Di Malam Hari

Memori raya ketika berumur 5 tahun

Alhamdulillah baru lepas melawat abah dekat rumah dia di Tumpat. Terpaksa pergi sebelah malam sebab keadaan jalan utama di bandar Kota Bharu jem teruk sehingga petang tadi. Kalau keluar rumah dalam pukul 8.30 malam, kenderaan beransur kurang
disebabkan waktu malam ramai orang ambil masa untuk berehat selepas seharian beraya.
Al-kisah saya pula hari ini, langsung tidak beraya ke mana-mana dan habiskan masa di rumah. Disebabkan baju raya yang saya bawa balik adalah baju raya tahun lepas jadi...tak muat!!!!! Tak ke berangin... Lagipun saya pun rasa kurang sihat (Wahal malas nak pergi beraya), sejak akhir ni rasa nak pitam dan muntah. Kalau berlarutan maka kena ambil tindakan serius. Janganlah buat pasal, lepas raya nanti saya ada final exam. Doakan saya okey. :)

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal