Pages

Lukisan Jimat Kos, Hasilkan Sendiri

By Me

Saya ada survey beberapa IG yang menjual potret atau lukisan tetapi harganya sangat mahal dan memang kenalah dengan mutu lukisan tu. Jadi saya fikir, kenapa saya tak guna je bakat saya yang ada. Eh! zaman sekolah dulu i terer la melukis... 

Sebenarnya saya sendiri pun dah lupa cara nak campurkan warna dan basic lain, tangan pun dah kaku. Dua hari lepas saya ke Mall and saya belikan berus dan bahan untuk melukis, berhabis jugalah RM200++ (Hasil BR1M) . Lukisan di atas adalah hasil yang kedua daripada 6 lukisan yang saya buat dan ada satu or dua lukisan yang saya perlu perbaiki. Macam mana saya belajar begitu pantas? Saya tengok dekat youtube ada tunjuk cara untuk melukis bagi beginner. Tetapi perlu ditapis juga video tersebut, ambil yang mana mudah bagi kau nak melukis. Kalau keliru atau blur...tak payah la. Buang masa. Bazir kertas. Saya suka lukisan ibu muda dari Jepun/Korea (tak pasti) yang sentiasa melukis dengan memangku anak kecil. Boleh search Jay Lee. Lukisan beliau sangat mudah diikuti dan sangat cantik.

My First Water colour painting

Big Trees

Testing je ni

Marbel01
Semua ni akan di frame-kan dan dipamerkan di kediaman baru saya nanti. Jimat dan bolehlah...sekadar untuk menghiasi ruang tamu kecil saya. Melukis ni bukan sahaja perlu bakat malah perlu belajar dan minat. Itu lebih penting. Kalau ada bakat...malas, kurang minat...jadi macam i...melukis selepas 13 tahun.

:) SMILE

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal