Pages

Kehidupan 7 Tahun sebelumnya

Wah! Untunglah Budu dah beli rumah pada usia muda. Muda? I'm 30. Tak muda sangat pun. Memiliki rumah sendiri bukan suatu yang mudah dan bukan mengambil masa yang singkat melainkan korang kaya atau anak jutawan. 


Kehidupan saya tidak pernah mewah dan senang seperti yang orang nampak. Perit, menangis, atas banyak dugaan yang datang, adakala saya sendiri putus asa dan letih berharap. Saya bukan anggap saya baik, pendosa juga cuma kita teruskan hidup dan perbaikinya sedikit demi sedikit. 99% kehidupan saya selama ini, saya memang masak dirumah dan kos sara hidup saya sebulan RM800 dan dari itu hanya RM300 untuk saya spend pada diri sendiri. Kalau nak makan sedap tu, sebulan sekali dan kadang-kadang kawan-kawan belanja makan. Saya tak pergi pun makan kat kedai mewah atau mahal walaupun nampak makanan macam mahal (Bergantung pada teknik mengambil gambar makanan tersebut). Kalau ikutkan, hidup saya lebih susah dari orang lain cuma saya tak fikir sangat pasal makan,. Bedal je apa yang ada di rumah. Kalau rajin, pergilah memancing. Saya bawa balik ikan tu sebab boleh buat lauk. Jimat!


Benda paling penting, kita boleh je nak beli barang mahal tetapi bukan setiap hari dan bukan juga setiap minggu tetapi sebulan sekali atau setahun sekali. Still juga boleh bergaya dengan baju-baju murah, asalkan pandai suaikan dengan bentuk badan. Kalau gemuk tetapi pakai ketat, tak cantik juga walaupun baju jenama ELLE. KIta tak perlu nak mengikut kehidupan orang lain walaupun kita nak jadi seperti mereka. Kita kena tahu membezakan KEPERLUAN dengan KEPENTINGAN. Kalau dah tau Insya ALLAH, umur 26 tahun pun boleh ada rumah. Satu lagi, jangan peduli kata orang dan jangan juga buat perkara jahat pada orang lain. Insya ALLAH, ALLAH akan mendengar doa kita dan memberi limpahan rezeki. Paling utama, doa kita sendiri kepada ALLAH lebih afdal. Jangan meminta pada DIA seperti kita seorang RAJA, berdoalah kita kepada ILAHI seperti kita seorang hamba yang hina.

Sekian :)

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal