Pages

MyDay To Be Alone


Assalamualaikum

Hari ni berjalan seorang sahaja. Syafikah pula dia ke Cheras, katanya ada program minggu ni dengan kawan beliau. Asalnya saya nak balik kampung pagi ni sebab banyak barang nak settle lagipun Abah takkan pindah ke rumah baru kalau saya tak ada. Aish, susahkan kalau bapa
kau seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi...niat tu terpaksa tersimpan dulu, minggu depan sahaja lah balik kampung.

Now, Budu berada di IOI MALL, PUCHONG. Dah lama berhajat nak tengok movie Hotel Transylvania : Summer Vocation. Memang dari dulu la Budu minat giler dengan cerita ni. Bukan budak-budak je ceria, aku pun ceria jugak. Haha..Tayangan awal pukul 11.30am. Awal kan? Budu ingat lepas wayang nanti nak shopping dekat hardware, cari box memancing and peti surat. Itu pun kalau ada.

Sebelum wayang, sempatlah isi perut. Pepagi ni ini je mampu. Jangan komen pasal telur tu, inilah namanya kuew tiaw telur tercampak. Haha.. Ntah la Nepal ni, lain yang dipesan lain yang sampai. Apapun Syukur alhamdulillah...ada rezeki pagi ni. Kesayangan yang jauh di mata, selamat bekerja. 

My Time!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal