Pages

Sesi Mengemas Barang


Assalamualaikum,
Apa khabar semua? Saya doakan semua baik-baik hendaknya.Alhamdulillah... kesihatan saya okey sahaja, demam selalu ON dan OFF, adakalanya hanya demam pada waktu malam dan pagi, bila ke tengahari tu, demam dah elok sikit. Syukur kehadrat Ilahi juga kerana
merealisasikan impian saya untuk memiliki rumah sendiri dan insya-ALLAH bakal rasmikan rumah tersebut dengan majlis kesyukuran secara kecilan pada Raya Haji nanti cuma belum tetapkan tarikh, sama ada nak buat time raya pertama atau raya ke dua atau seterusnya. Apapun, saya memang confirm berpindah ke Kelantan dan menetap di sana terus. Mungkin meneruskan legasi Mak iaitu mengusaha kedai kopi dan menjadi pekebun di rumah sendiri serta melaksanakan kewajipan dengan menjaga abah sebaik mungkin. Mudahan ada rezeki buat Abah. Saya tidak mengharapkan menjadi kaya raya pun, cukup sekadar boleh pakai, makan dan minum. Kalau ALLAH bagi rezeki lebih, Alhamdulillah.



Banyak lagi barang yang belum bawa balik kampung. Minggu lepas sempat bawa balik sikit je, Kakak Ipar kirim gelas, pinggang mangkuk lagi. Jadi terhad nak bawa balik barang banyak sangat. Semalam saya sempat shooping cadar untuk katil baru. Cadar lama dah tak boleh pakai sebab size tak sama tetapi tetap bawa balik untuk guna pada katil Abah. Melayang jugalah semalam Rm700. Bukan harga cadar ye RM700 tu tetapi banyaklah keperluan lain, macam alas meja, bunga dan barang dapur. Itu pun masih ada satu dua barang yang lupa beli tapi... masih ada seminggu lebih lagi untuk cari. Its okey. 

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal