Pages

Kemaafan Namun Tersakiti



30 Mei 2019,

Pertama kali aku rasa air mata ini jatuh bersama harapan. Harapan yang semakin hari semakin punah. Bukan kerana kehidupan ini makin tidak adil tetapi ia punah kerana sakitnya bila di khianati dan di label sedemikian. Apakah kehidupan seorang AKU hanya untuk meletakkan diri kita dalam derita yang tak pernah habis. Semakin kita cuba ianya semakin memarahkan
keadaan. Berkata-kata bagai mencurah minyak ke dalam api yang marak. 
Aku,
Harus mengunci mulut, membalut hati dan menunggu masa berlalu bersama kepedihan itu. Setiap kata tomahan, aku hadap dengan alasan. Alasan yang aku cuba untuk menjaga hati dan perasaan orang lain. Mungkin benar, aku punya banyak kekurangan, banyak kekhilafan tetapi tidak pernah wujud ruang untuk aku menganaiya orang lain. Lebih lagi ahli keluarga. Adakala memang sekali dua kita berkecil hati dengan satu-satu keadaan dan kata-kata orang lain. Namun, kali ini hati aku bukan saja sudah hilang rasa, malah sudah serik untuk mencuba. Walaupun seribu maaf, walaupun akan ku berikan kemaafan itu, keadaan tidak lagi kembali seperti dulu. Tidak akan..

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal