Pages

Travel : Percutian Ke Jepun 2019

Assalamualaikum

JEPUN...
Satu negara yang sangat-sangat Budu suka. Pertama kali menjejak kaki ke sana merupakan pengalaman paling manis, walaupun terselit kepahitan di penghujung perjalanan. Tahun ni, Budu tekad untuk ubah kepahitan tu kembali kepada 'Happy Ending'.




Kalau pengalaman kali pertama dulu, Budu study 6 bulan untuk ambil tahu tentang negara tersebut. Kali ni Alhamdulillah, semua okey cuma di hari terakhir perjalanan tu kami ada masalah dengan bagasi. Masa tu terfikir mana nak cari 38 000 yen wahal kami cuma ada sekitar 3000 yen je. Aduh parah.

Macam Budu ada nyatakan dalam entry sebelum ini yang percutian ke Japan 2019 tak dirancang secara detail pun. Kawan baik Budu yang ura-ura pasal tiket murah di Air Asia. Kami cuma dapat RM800 untuk  tiket pergi dan balik. Kalau dulu, RM1050 seorang. Kami dah jimat banyak.  Masa tu kira sembang kedai kopi la, sembang je terus jadi. Tak sangka.

PASSPORT & BAGASI
Persiapan pergi ke Japan ni tak susah sangat. Ada passport, ada tiket. On je. Cuma Air Asia macam dah ketat sikit tau soal muatan bagasi. So kalau nak bawa baju tu fikirlah beberapa kali dan bawa apa yang perlu. Kalau kau pakai baju kalah Rozita Che Wan, bayar je baggage fees. itu korang kena titikberatkan. Kalau tak nahas kau kat airport. Budu kena masa tu bukan di airport Malaysia tetapi di Kansai. Masa tu Budu masukkan baju basah dalam bag jadi, bag Budu 2 kali ganda berat. Akhirnya disuruh ke tepi dan keluarkan baju yang perlu dibuang. Nasiblah staff tu baik, dia lepaskan. Masa kat imigresen pula, beg Budu dua tiga kali scan tak lepas sebab ubat gigi. Jadi, ubat gigi Budu dirampas.

MAKANAN YANG DIBAWA
Green tea ice cream
U-Don Fav saya
Makanan untuk seminggu tu, semua Budu bawa dari Malaysia. Tekak Melayu. Nak makan apa sangat, Budu bawa bubur segera, susu cair yg packing macam ubat gigi tu *sorry takda contoh nak kasi. Lepas tu Budu bawa sardin, roti dan kopi 3in1. Setahu Budu belum ada lagi sekatan untuk membawa makanan segera ke negara Jepun. Bawalah apa sahaja. Ingat muatan jangan melebihi limit yang ditetapkan . Cuma percutian kali ni Budu lebih berani nak try makanan sana dan banyak tengok-tengok juga video percutian orang lain, tengok apa yang boleh dimakan, apa yang tidak boleh. Tapi serius, orang sana pandai buat ais krim dan manisan. Dia tak terlalu manis dan sedap-sedap je rasanya. Sumpah!





Percutian kali ini, Budu tak banyak berjalan ke mana-mana. Disebabkan faktor kesihatan jadi masa banyak terbuang, perjalanan lebih santai dan tak rushing nak kejar banyak tempat untuk dilawati. Kalau sempat pergi, tak sempat...tak apa. Kalau tanya Budu mana tempat fav sewaktu di Japun. Budu suka Arashiyama sebab tak banyak duit keluar kat situ dan pemandangan indah giler. Duduk dan tengok bukit bukau serta sungai yang hijau. Walaupun terpaksa naik train agak lama tapi menyeronokkan.

Continue....

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal