Pages

Rutin Pagi & Kisah Laptop

 

Assalamualaikum

Selepas selesai routine cuci sangkar kucing, bagi anak bulus makan, siram pokok...Budu biasa akan ambil ubat waktu pagi 30 minit sebelum makan. Kalau breakfast Budu ambil chocolate shake dan itu akan bertahan sampai petang atau malam. Kalau lapar sangat baru Budu akan makan. Jarang ambil makanan berat, sekadar seketul ayam McDonald untuk hilang lapar.

Sekarang musim hujan, Budu mandi agak lewat. Selalunya gosok gigi dan cuci muka je. Tadi, pukul 9 pagi baru mandi itupun sebab nak ke kedai ambil laptop yang hantar repair bulan lepas. 

Alhamdulillah umur panjang lagi laptop Budu tu. Zaman sekarang kalau beli laptop, beli la dekat butik atau Sengheng. Barang ori, dalam tak terusik. Budu kena 2 kali beli laptop , bila guna setahun dah jahanam. Bila pergi centre nak claim warranty, tak boleh sebab katanya kita pernah usik barang dalam. Aduiii!

Hati-hati. Kadang kita pergi hantar repair, barang ori dia tukar dengan barang secondhand. Laptop yang sedia rosak jadi makin bertambah rosak. Ini semua berdasarkan pengalaman. 

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal