Pages

Terima Kasih Sahabat Kecilku

Assalamualaikum 

Air mata menemani pemotretan entry kali ini. Bertapa Budu tak mampu nak berlakon yang diri sendiri sekuat dan setabah sebelum ini. Dulu, saat merasa sakit, perit dan derita Budu sentiasa ada tempat mengadu dan sentiasa ada sahabat yang baik untuk memberi pendapat dan nasihat. Dia tak cakap banyak, dia hanya mendengar. Walaupun sesuatu tu terlihat bodoh tetapi dia memahami dari sudut pemikiran warasnya.

Dari gajinya yang pertama dan seterusnya dia yang belikan Budu pakaian dan tudung, katanya lebih mengikut tuntutan agama dan sopan buat Budu yang 'tomboy jadian' ketika itu. Dia cuba tutup sifat kasar Budu sedikit demi sedikit sampai suatu masa Budu sendiri segan nak berpakaian melebih sangat. Simple janji masih kekal tertutup. Walaupun dia tak berkenan Budu pakai jeans tapi dia tak pernah paksa untuk Budu buang terus. Mungkin Budu still boleh pakai cuma pilih yang agak longgar. 

Ada pasangan, tidak ada pasangan...dia selalu ada. Dia tak pernah pergi jauh dari Budu. Tapi betullah apa yang ahli agama kata, bila kita jaga batas pergaulan, tiada sentuhan...kita akan rasa kemanisan. Kerana janji dia akan jadi sahabat sampai bila-bila, Budu pegang dan Budu tak bagi langsung dia peluang untuk ubah status tersebut. Budu dah anggap dia macam adik beradik. Walau apa orang kata, kami percaya satu sahaja. Allah lebih tahu apa yang kita lakukan dan kita tak perlu risau tentang apa yang difikirkan orang lain. Mungkin bagi orang lain lelaki dan perempuan tidak boleh kekal sebagai sahabat tapi kami sudah membuktikannya. Persahabatan kami melewati belasan tahun sehinggalah dia memutuskan untuk berkahwin. Budu menjauhkan diri bagi memberi dia ruang untuk mengecapi kebahagiaan tanpa sebarang rasa bersalah. Budu tahu selagi Budu berhubug, dia takkan berhenti ambil berat tentang Budu.

Tipu kalau kata kita tak sedih sahabat kita nak kawin. Dalam rasa bahagia dia bertemu jodoh, Budu rasa juga kehilangan. Kehilangan yang orang lain tidak akan faham sebab mereka fikir persahabatan harus dibuang bila kita sudah ada pengganti. Tidak. Sahabat tidak seharusnya dibuang atau dipersiakan sedangkan dia telah membentuk kita, mengingatkan kita tentang agama, memandu arah kita supaya tidak tersesat. Budu tidak berpeluang untuk katakan pada dia yang Budu berterima kasih pada dia, kalau bukan sebab dia yang 'mendidik' Budu dengan ilmu agama yang dia ada yang dicebok di sekolah agama, dari didikan orang tuanya dan universiti itu, mungkin Budu bukan orang seperti hari ini. Mungkin jadi minah rempit kot, mungkin hanyut. Btw, Dimana sahaja dia berada, Budu selalu berdoa dia bahagia di sisi keluarga. AMIN

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal