Pages

MISTIK: Disangka Air Kencing Kucing, Rupanya....

 

ASSALAMUALAIKUM

Selama ni, Budu selalu cuba mengelak, memikirkan atau bercakap soal sihir menyihir sebab Budu rasa everything dah okey dan kembali seperti sediakala. Entah sejak bila ia bermula Budu sendiri pun tak perasan. 

Dulu, Budu selalu tak balik kampung bila raya sebab Budu takut nanti terkena lagi dan lagi. Setiap kali balik kampung mesti akan bawa balik 'penyakit' kat rumah di K.L. Bermula dari tak boleh tidur, sehingga badan penuh lebam-lebam. Terkadang 'benda' tu serang Budu pada waktu nak tidur.

Semalam, Budu lakukan rutin seperti biasa iaitu bersihkan sangkar kucing, bagi kucing makan dan akan kuncikan gril pintu utama. Waktu nak kunci pintu Budu ternampak cairan kekuningan depan pintu yang selama ini Budu sangka air kencing kucing atau air tempias hujan yang terkena pada pintu (Tapi mustahil sebab dah lama sangat tak hujan). Jadi Budu pun ambillah tisu basah dan lapkan. Nak dijadikan cerita, Budu tergerak hati nak cium. Bila masa Budu cium...bukan bau kencing kucing!

Rupanya...
Bau tu adalah bau minyak seakan akan minyak enjin kereta tapi macam mana minyak tu boleh ada dekat ruang antara gril dan pintu hadapan? Kalau air kencing sekalipun macam tak logik sebab kucing tak muat pun nak masuk kat tengah-tengah ruang tu lagipun kucing Budu semuanya Budu kurung dalam sangkar sepanjang masa. Setiap kali Budu bersihkan, esok lusa akan ada lagi cairan tu. Selama 2 tahun lebih Budu pindah sini, tahun yang ke 2 cairan tu muncul. Macam Budu katakan pada awal tadi, Budu sangka itu air kencing kucing atau tempias hujan pada pintu.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal