Pages

MISTIK : Kesan Lebam Di Badan

 

ASSALAMUALAIKUM

Bangun subuh tadi, Budu terus solat subuh. Bimbang akan terlewat. Semalam jam dua pagi juga mata ini dapat lelap. Bila celik saja mata, suhu badan mulai tinggi. Selepas solat subuh, Budu baring semula sambil tengok review filem seram. Lepas tu sambung tidur balik dan terjaga pukul lapan pagi sebab perut dah mula sakit dan tidur kembali sehingga jam sebelas pagi.

Dah selimut tebal tapi suhu badan tak juga turun. Budu fikir mungkin disebabkan badan kepenatan. Seharian Budu kat hospital untuk berjumpa dengan Pakar Gastroenterologi. Ingatkan satu sesi je rupanya kena tunggu pula Prof. Lim pada sebelah petang. Budu sampai rumah dekat maghrib juga semalam. 

Bila Budu bangun pukul sebelas pagi tu, Budu baru sedar kat paha ada kesan lebam. Rasanya sudah beberapa hari tak ada apa-apa kesan lebam. Nak kata Budu ada terlanggar apa-apa rasanya tak ada sebab Budu tak ada banyak aktiviti pun dalam rumah dan boleh hafal setiap pergerakan sendiri. Tapi Budu malas nak fikir panjang sebab kesan lebam ni dah terbiasa ada. Semalam rasanya Budu tidur tak ada msalah pun. Macam biasa. Alunan Ruqyah akan berkumandang sampai pagi. Budu berdoa dan berharap setiap hari agar tak ada mimpi pelik pelik macam dulu lagi. Tak ada apa-apa gangguan sampai bila-bila hendaknya.

Budu terbaca satu lisan ' Lebih baik jangan pamerkan kelebihan dan kebahagiaanmu kerana akan ada hati yang tidak senang dengan kehidupanmu. Biar kamu terlihat bodoh, miskin atau tidak punya apa-apa'.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal