Pages

PKP 3.0: Dia Request Nasi Lemak

 


Dua hari lepas, Madam ada hantar Whatapp yang mystep father nak pergi cucuk vaksin hari ni dekat klinik area rumah Budu. Madam kata Abah teringin nak makan nasi lemak buatan anak tiri. Siap request lagi nak sambal sotong dan sambal ikan bilik. 

Aduiiiii...

Dalam hati dah rasa macam aduh malasnya. Rasa macam nak cakap je yang Budu kena pergi buat Swab test. Hehe tipu sunat takpe kan? :P

Yang menyebabkan Budu malas disebabkan Budu kena pantang makan. Minggu depan kena check up di hospital. Budu hanya boleh makan Nasi putih, Roti putih, isi ayam, ikan dan garam...maknanya ayam dan ikan tu hanya boleh lumur garam sahaja dibakar atau direbus. Manakala roti dengan nasi, Budu tak boleh makan disebabkan alahan. Kalau Budu masak untuk diorang, mesti Budu akan rasa lapar dan tewas dalam 'puasa' seminggu tu. Dilema sungguh!

Bila fikirkan balik 'tetamu datang ke rumah bawa rezeki untuk kita- UAI'. Jadi, semalam Budu pergi beli sotong untuk masak hari ni. Sekejap je nak masak semua tu cuma dengan Budu demam panas + sengugut lagi, agak tak larat jugalah. 




Alhamdulillah. Abah tiri suka siap tapau bawa balik. Katanya dia nak makan dengan roti malam ni. Abah kata bahan semua dah cukup, pedas pun ngam. Madam pula macam biasa, banyak sangat komplen. Pedas la apa wahal dia masak pun lebih pedas dari Budu masak. Sampai Budu makan  sambil menitiskan air mata. Kesudahan dia bantai juga nasi lemak yang Budu buat. Ee...orang tua ni kan ...Haha siap makan dengan dengan popia goreng dan rojak.


Apapun, Budu seronok bila orang menghargai masakan kita, hargai usaha kita. Bila Budu post di status Whatapp,customer yang dulu selalu beli lauk dengan Budu masa bulan Ramadhan lalu, minta nak merasa sambal ikan bilis Budu. Tak ada rezeki nak bagi pada beliau sebab Budu buat cukup cukup untuk Madam dan Abah tiri Budu. Insya ALLAH ada rezeki Budu akan buat lagi lepas ni. Sabar ye En. Zam :)

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal