Pages

PKP 3.0 : Lapor Diri Hari Kedua di Unit Endoskopi

 
Alhamdulillah hari ni settle sesi ke dua dekat Endoskopi. Yang menariknya Budu adalah satu satunya pesakit pada hari ini. Sesi hari ini hanya memakan masa lima jam sahaja. Nurse siap tanya, tak melukis ke hari ni?. Masa tu ada orang kat depan so malu dah nak tunjuk bakat tak seberapa depan orang.

Dari pagi sampai petang dapatlah Budu siapkan 1/4 daripada lukisan tersebut. Alhamdulillah juga tak se-boring semalam. Tapi yang rasa 'busy' tu sebab sesiapa yang lalu lalang keluar masuk Unit Endoskopi pasti akan bertanya pasal lukisan Budu. Diorang tertarik dengan apa yang Budu buat. Budu pula teruja haha. Siap sempat bertukar IG dengan staff HUSM Unit Endoskopi lagi. 

Kesempatan ini juga Budu nak ucapkan SALAM TAKZIAH kepada Prof (Bos Unit Endoskopi HUSM) atas kehilangan ayahnda tercinta hari ini. Al- Fatihah (dibaca). Budu tahu pun sebab dia tengah borak telefon depan Budu masa tu. Budu terrr dengar perbualan dia secara tak sengaja.

2 comments:

  1. Salam kenal , im new follower here .

    Cantiknya , sophea suka lukis juga tapi watercolour tak pandai.

    Al-fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. SAlam kenal juga sofhea. kalau melukis let me know ok. boleh share bakat. Sy guna acrylic je ni. :) tak mengapa slow2 kayuh

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal