Pages

PKP 3.0 : Melaporkan Diri di Unit Endoskopi

 





Alhamdulillah hari ni selesai sesi pertama untuk Breath Test. Agak kesulitan juga masa nak set date untuk Ujian Pernafasan Hydrogen dan Methane ni. Antaranya adalah masalah kewangan sebab harga test pertama ni RM1400. Disebabkan pandemik Covid-19 dan lockdown, duit banyak

keluar berbanding duit masuk.

Setiap ujian mengambil masa:

Hari pertama : Glukosa (3jam) + Frukosa (3jam) = 6jam

Hari kedua : Laktosa (5jam)

Fruktan (3jam)


Untuk buat test ni kita kena ada persediaan yang dah disenaraikan oleh pihak Unit Endoskopi HUSM

Persediaan :

4 Minggu sebelum ujian 

- Jangan ambil ubat-ubatan antibiotik

1 Minggu sebelum ujian 

- Jangan ambil ubat-ubatan anti-sembelit/ pelembut najis (Lactulose, Fybogel). Green tea lepas je.

3 hari sebelum ujian 

- Anda dibenarkan mengambil enema/supositori

1 hari sebelum ujian 

- Anda HANYA dibenarkan makan dan minum seperti :

  1. Roti putih, nasi putih, ayam rebus, ikan rebus. Garam sahaja dibenarkan di dalam masakan.
  2. Minuman tanpa gula seperti air kosong, kopi kosong, dan teh kosong.
12 jam sebelum ujia
- Jangan makan atau minum
Pada hari ujian 
- Jangan ambil sebarang ubatan. Sila bawa bersama ubatan rawatan anda
- Pesakit kencing manis - Perlu nasihat Doktor tentang pengambilan ubat kencing manis / suntikan insulin.
2 jam sebelum ujian 
- BERUS GIGI ANDA
Semasa ujian 
- Jangan makan, minum, merokok, mengambil penyegar mulut.
Jangan tidur/ bersenam sepanjang ujian.


First masuk Unit Endoskopi HUSM kena scan MySejahtera, kena check suhu. Masa check suhu...dan dan plak benda tu bunyi. Suhu Budu 38.8. Huhu.. Semua pakat pandang Budu. Budu sentuh dahi...eh biar betul ni. Bila scan balik 36.6 je. Huh buat orang nourves jek. Tak pasal malu dapat. Sesi test tu bermula sembilan pagi hingga 3 petang. Naik sakit lutut kaki Budu asyik duduk bangun je. Pinggang pun sakit. Pishang pun ye.

6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal