Pages

Diari Covid-19 : Ku Sangka Kebal Rupanya Tidak

13 September 2021

Saringan pertama covid-19 adalah negatif. Alhamdulillah. Namun, waktu tu tekak ada rasa berkahak dan rasa pedih di dalam rongga hidung macam nak selsema. Budu abaikan. Budu teruskan aktiviti seperti biasa...hantar Madam balik kampung katanya keesokan ada temujanji Doc (entah betul entah tidak). Dapat luang sedikit masa jumpa anak buah dan merasa mee kari hasil air tangan Kak Juba, my kakak ipar sayang. Aku luang masa sekejap borak dengan Angah cerita tentang perangai jiran yang suka buang sampah ke dalam kawasan rumah kami. Angah cakap dia dah letih asyik cuci dan ada lagi tapi disebabkan Angah tu jenis malas bermusuh dengan orang, jadi dia biarkan. Okey...skip pasal ni. Lanjut....

Hari seleasa Budu ke rumah Angah lagi disebabkan dah janji dengan Madam nak ke rumah makcik untuk berubat. Al kisahnya Budu balik dari KL hari tu Budu singgah Dabong. Disebabkan Budu tak pernah tahu jalan menuju ke Balai Polis Dabong tu jauh nun ke dalam hutan...Budu terbawa balik 'kawan' ke rumah. Di sebabkan kes tu, setiap pagi ada kesan 'love bite' dekat paha dan lutut. Kepala juga jadi pening, badan lesu. Selesai rawatan dengan makcik, Budu balik rumah dan tunggu KKM datang dua hari kemudian (16 Sept 2021). Budu pun tak faham kenapa KKM tak datang terus pada hari yang sama 'close contact' Budu tu di sahkan positif. Dia siap boleh suruh lagi Budu keluar beli nasi ( Cari sarapan pagi) sebelum di pakaikan gelang dan petugas tu minta Budu ke rumah Makayah disebabkan diorang malas nak ke rumah Budu yang terletak agak jauh dari rumah Makayah yang merupakan 'close contact' juga time tu. Budu jawab 'MALAS'. Memikirkan di rumah Makayah ada baby yang masih kecil.

Setelah pemakaian gelang pink tajaan KKM bermulalah 'percutian' di rumah sendiri selama empat belas hari. 

Namun, 17 September 2021..

hari tu jadi berbeza sangat pada Budu. Kepala sakit dan rasa tekak berkahak. Tanda selsema akan muncul. Hari tu memang Budu langsung tak masak untuk orang yang kuarantin. Nasib baik Madam ada kirim kat Kakak ipar suruh belikan makanan. Jadi hari tu settle lah tugasnya. Budu fikir maybe badan penat disebabkan Budu dua tiga hari asyik basuh cadar, sanitize semua benda yang dah disentuh pesakit covid-19.

18 September 2021,

Budu mula mengalami demam panas, selsema yang teruk, sakit kepala yang teruk dan segala urat sendi sakit. Bila malam kaki tangan kesejukan tapi badan panas. Memang tewas. Budu yang susah nak makan ubat ni, dapat ambil panadol dengan jayanya. Selalunya ubat doktor bagi berakhir ke tong sampah sebab expired.  Tapi Budu still fikir positif...ini mungkin demam biasa.

19 September 2021,

Budu pitam pagi tu disebabkan Budu kurang makan, selera tak ada. Lebih banyak tidur tapi Budu ambil vitamin C serta minum air yang manis sebagai tenaga namun tidak berjaya mengatasi masalah tekanan darah rendah yang Budu alami. Sel darah merah Budu juga agak kurang menurut doktor. Budu kerap mandi disebabkan tak tahan dengan badan yang terlalu panas dan sakit kepala. Adakala terpaksa ambil ubat lebih (4 biji jek)  tapi tak mengantuk, tak juga wenggggg lalok ...siap pakej tak boleh tidur lagi. Bila tidur...macam tidur-tidur ayam disebabkan kepala berdenyut...sakit sangat. Makan panadol pun tak hilang. Ya Allah seksanya rasa. Budu sampai menangis...dalam kepala macam-macam dah terbayang. Perlu ke buat surat waksiat ni? Adakah aku akan ditidurkan juga? Budu jadi kecewa giler. Kita punya jaga SOP, tak ke tempat awam, tak serbu tempat viral or tempat tumpuan orang ramai. Aleh-eleh kena juga. Pasaraya pun Budu tak pijak disebabkan Budu fikir nak kurangkan kebarangkalian dijangkiri covid19. Budu pula tiap minggu balik kampung 'spend time' dengan anak saudara. Cerita dia...mereka akan jadi 'contact' rapat Budu andai kata Budu positif. Masa Budu nak buang ingus semalam , terkeluar sekali dengan ketulan darah. Panik oi.

20 September 2021

Pagi ni bangun awal terus ke Klinik Kesihatan. Story serba sedikit dekat petugas, Budu pun di swab - lah. Sebelum tu, semalam Budu ada buat Covid-19 saliva test. POSITIF. Memang menangis bagai nak rak lah. Untuk double confirm-kan benda tu Budu swab di Klinik Kesihatan sekali lagi untuk pastikan yang Budu benar-benar positif. Pagi ni Budu rasa okey sikit  dah tak demam, sakit kepala sikit je dan tahap oksigen dalam darah okey cuma deria rasa hilang terus. Makan pedas, tak rasa pedas. Siap kunyah cili lagi...hahaha. Makan petai tak bau busuk. Air dan makanan jadi tawar. Selera makan hilang. Budu minum air putih dan menelan air liur rasa tersekat di serongkong. Macam ada makanan yang lekat kat tekak ni. Telan tak lepas. Adakah tu normal? Serius tak? Rasa tekak Budu ni sempit je. Haraplah semuanya kembali putih. Pesakit yang positif tu pun dah beransur sihat. Deria rasa dia dah kembali. Makan minum berselera. Menunggu masa untuk potong gelang dan kembali bekerja. Haraplah dia insaf lepas ni kalau kerja pakai mask betul-betul dan jangan sentuh muka tanpa basuh tangan.


1 comment:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal