Pages

Tiga Bulan Yang Memenatkan


Pejam celik pejam celik, rupanya sudah tiga bulan Budu tak aktif di blog ni. Yup! Sekarang Budu bekerja (Tempat tidak perlu di nyatakan). Selepas krisis Covid-19, kehidupan dan pergerakan jadi lebih rumit. Budu senang jatuh sakit, sakit dada yang kerap dan tidak mampu lagi untuk bersukan seperti sediakala. Kadang kala penat sangat walau baru berjalan beberapa langkah. 
Kerja?
Permulaan yang menakjubkan, menyenangkan pada dua minggu pertama. Kemudian ia menjadi satu 'peluang' yang sangat menyusahkan diri sendiri. Budu rasa seperti 'Emily in Paris' kat sini. Majikan? Alhamdulillah sangat baik dan boleh bertolak ansur. Kalau Boss marah, Baba Boss akan cakap 'It's okey. kena marah saja. Tak mati meh'. Kadang dia cakap ' Jangan ambil hati' dengan sikap anak dia. Then keesokannya Budu akan mulai aturan kerja yang sama lagi. Cuma ada masa Budu jadi sangat sedih dan putus asa dengan layanan customer dan supplier. Sometimes they are so mean. 

Ada apa kalau kita selalu baik pada orang lain? Adakah salah? Adakah ia menjadi satu dosa? I don't know...Kadang kala Boss minta Budu text mereka untuk tanya pasal quotation and mereka menjawab dengan kasar dan mendengus seolah macam kita menganggu kehidupan diorang plak padahal itu memang kerja mereka. Mereka kena la prepare diri untuk semua kemungkinan yang melibatkan kita. Jenis tak reti sabar dan tak profesional a.k.a rasa macam pandai. Rasa macam nak ajar je diorang erti KESOPANAN dan ADAB. Budu senang je sekarang ni. Kalau kurang ajar, Budu block je.

 'Lembu punya susu, Sapi mendapat nama'.

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal