Pages

Kenapa Kena Buang Instagram & Socmed?

 


Assalamualaikum & Alhamdulillah,

Sekali lagi Allah mengurniakan kita hari yang baik dan peluang untuk kita bernafas. Kalian apa khabar? Kalau sihat, Alhamdulillah. Budu pula sudah demam dan selsema 3 hari dan insya Allah bertambah baik esok.

Hari ni,
Budu nak cerita kenapa Budu buang socmed terutama Instagram yang dah lama Budu jadikan platfom utama untuk Budu share apa sahaja Budu buat setiap hari. Budu pun tak tahu sejak bila benda macam ni terjadi cuma beberapa bulan lalu Budu terfikir untuk 'deactive' kan intagram Budu sementara waktu. Sebenarnya sudah bertahun-tahun Budu mengalami gangguan mistik dan selalu rasa takut untuk tidur sebab selalu bermimpi hal-hal yang mengerikan walaupun siang hari. Sejak Budu tutup instagram...Budu dah tak alami lagi mimpi-mimpi buruk tu termasuklah kena 'tindih' waktu tidur. Setakat ini Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.

Betullah penyakit 'Ain ni real guys. Bagi Budu kesan dia sangat-sangat menganggu kehidupan seharian. Kalau sebelumnya Budu kena buka alunan ayat suci Al Quran untuk peneman tidur, sekarang kalau terlupa buka...Budu tak akan mimpi lagi bukan-bukan. 1 rahmat Allah gerakkan hati untuk buang Instagram masa tu. Mungkin kita nak share tapi apa yang kita share tak semestinya orang lain suka. Jadi hati-hati masa posting gambar keluarga dan sebagainya. Di luar sana masih ada insan yang tak redha dengan kebahagiaan dan kehidupan yang kita kecapi. 

2 comments:

  1. risaunya klu mcm tu..dah la media social tempat cari makan..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya tapi kena yakin yg akan ada rezeki dari sudut lain. Insya Allah

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal