Pages

Warded Malam Raya

 

9 July 2022


Walau tak sihat Budu ambil juga masa untuk balik ke kampung. Lagipun Umi asyik tanya bila nak bawa dia pergi beli Freezer yang dia idamkan tu. Lagipun...rindu

sangat nak jumpa Mya dengan Darwisy. Boyfriend Maklang paling handsome tu selalu nak ikut ke mana saja Budu pergi. Sekurangnya mengisi juga sedikit 'kekosongan'. 

Seperti biasa Kak Ipar benarkan anak anak dia follow Budu dengan Tokmi dia ke Pusat Bandar. Budu ke hospital KPJ dulu sebelum ke kedai elektrik. Masa Budu pergi klinik biasa  tak buka so diorang suruh pergi bahagian kecemasan dan warded under Dr. Fazli. Budu ikut sajalah. Masa tu nurse cakap 'kalau dah warded tak boleh keluar dari hospital'. Jadi Budu minta untuk hantar Umi balik dulu dan baru datang semula.

Darwasy,

Mula meragam sebab Tokmi lama sangat buat pilihan nak beli peti ais. Budu pun bukan larat nak dukung budak berat 20 kilogram. Kakak Mya je jenis diam tak banyak ragam. Bila selesai Tokmi dia memilih...Budu terus singgah Dominos sebab anak anak semua dah kebulur. Sepanjang perjalanan...diorang makan je. Seronok tengok. Balik rumah terus si Darwisy minta nak susu wahal bawa je susu dia. Peel betul. Kalau ibu dia ada...mula manja lain macam. Tapi bila time Budu nak balik...dia mula merajuk dan buat muka sebab nak Maklang dia bawa pergi jalan-jalan pusing kampung dulu dan beli mainan, baru boleh 'melarikan diri'.

Selepas hantar mereka balik. Budu terus balik ke rumah ambil baju dan ke KPJ semula. 5 petang warded dan dekat maghrib baru Budu dapat ke bilik. Budu dapat bilik ada 2 katil. Bilik single sudah penuh.

3 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal