Pages

PKP 3.0 : Ujian Manometri dan Anorektal

 

12/7/2021

Ini merupakan test ke-2 di Unit Endoskopi dan pertama kali bagi ujian M&A ini. Disebabkan test ni Nurse dia tak tulis masa perlu hadir jadi Budu lengang kangkong la sikit. Tak rushing sangat tapi tetap kena sampai sebelum tengahari.

Tujuan Ujian manometry anorektal ni boleh memberi maklumat tentang :

  • Kekuatan otot anal
  • Deria rasa di rektal
  • Keupayaan merasai keinginan membuang air besar
  • Keupayaan mengemut dan meneran
  • Menilai fungsi saraf otot anal
Alat yang digunakan

Tukar seluar dulu

Ini pertama kali memasukkan sesuatu di bontot. Uish! Seriau juga. Layanan nurse sangat-sangat baik dan peramah. Nama dia Pn. Azliani. Percakapan dia lembut dan soft je. Tak stress la kalau pergi sana. Staff lain pun peramah. Masa menjalani Test pertama Budu kan sambil menunggu sambil melukis jadi semua pakat tegur. Kalau pergi sana mesti diorang tanya sekarang buat lukisan apa pula. Sentiasa ambil tahu tentang perkembangan Budu. 


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal