Pages

PKP 3.0: Dugaan

 

Assalamualaikum..


Hari ni macam stress giler. Bangun pagi dapat plak email dari google adsense yang google adsense dalam blog ini dibekukan sementara waktu atas sebab tertentu. Ada yang kata kemungkinan untuk google adsense kembali seperti biasa tu agak mustahil.

PKP 3.0 : Lapor Diri Hari Kedua di Unit Endoskopi

 
Alhamdulillah hari ni settle sesi ke dua dekat Endoskopi. Yang menariknya Budu adalah satu satunya pesakit pada hari ini. Sesi hari ini hanya memakan masa lima jam sahaja. Nurse siap tanya, tak melukis ke hari ni?. Masa tu ada orang kat depan so malu dah nak tunjuk bakat tak seberapa depan orang.

PKP 3.0 : Melaporkan Diri di Unit Endoskopi

 





Alhamdulillah hari ni selesai sesi pertama untuk Breath Test. Agak kesulitan juga masa nak set date untuk Ujian Pernafasan Hydrogen dan Methane ni. Antaranya adalah masalah kewangan sebab harga test pertama ni RM1400. Disebabkan pandemik Covid-19 dan lockdown, duit banyak

PKP 3.0: Swab Test Pertama Kali

 


Masuk hari ni, hari yang ke tiga Budu mengalami cirit birit. Nak kata salah makan pun tak juga. Lesu sampai lembik.  Tidur pun tak cukup. Mata baru nak pejam...perut buat hal pula. Memandangkan hari ni kena puasa dan dalam masa yang sama kena bangun awal untuk swab test.

Segmen Blogwalking Dan Pencarian Bloglist

 

Ini segmen ke dua untuk hari ini. Dah lama tak buat kerja macam ni. Rindu rasanya nak seperti dulu. Ada yang rindu i tak??? Okey tak ada pun. Kbye! Hampir semua blogger dapat hafal nama, sekarang semua dah lupa. Banyak yang dah tak ingat huhu.

SEGMEN: JOM REFRESH BLOGLIST

 

Blog ni dah uzur. Dah bertahun tahun tak ubah dan mengubah apa-apa. Rasanya saya sorang je kot masih ditakuk lama. Jadi ada masa tadi, Budu sempat untuk blogwalking blog blogger lain so joinlah segmen yang dianjurkan oleh  https://thisni3zahata.blogspot.com/ ni. Dapatlah tengok balik blogger lama dan baru yang masih aktif. Semoga silaturrahim baru dan lama dapat terbina kembali.

Blogger lama? Nak buat comeback? Click banner kat atas okey =)

Have Fun!

PKP 3.0 : Selamat Ulangtahun

 

Beberapa hari lepas Budu ada upah seseorang untuk poskan hadiah kepada kawan-kawan yang sambut birthday pada bulan June. Inilah kali pertama Budu hantar hadiah pada seseorang. Iye lah, selama ni asyik jadi penerima je. Sekali sekala kena jadi pemberi juga.

PKP 3.0 : Member Support Biz Kita tapi...

 


Semenjak PKP 2.0 Budu kerap menghabiskan masa dengan menghasilkan lukisan untuk dijual. Lukisan Budu banyak kepada alam semulajadi dan pemandangan. Ikut mood juga kadang menjadi kadang tak tapi alhamdulillah PKP ni banyak Budu isi kan masa dengan melihat tutorial dari pelukis luar negara dan jarang la tak menjadi. Ada lukisan yang mengambil masa dua hari kalau mengadap betul-betul. Ada lukisan yang mengambil masa setahun. Harga yang Budu tawarkan RM200 untuk size 40x50CM (tanpa Bingkai), 30.5x40.6CM (tanpa Bingkai) dan size 40x40CM (berbingkai).

PKP 3.0: Diuji Di Bulan Ramadhan Lalu



Ramadhan lepas dah tak sama macam ramdhan tahun sebelumnya. Ni kiranya ramadhan yang sangat struggle bagi peniaga atau pemula. Ada orang baru dapat tapak bazar, baru nak berjinak berniaga tetiba Kerajaan Negeri umumkan bahawasanya Bazar Ramadhan dibatalkan. Memang sampai masuk berita lah pasal kes ni. Budu pun terkena juga tempias. Budu lebih...

PKP 3.0: Dia Request Nasi Lemak

 


Dua hari lepas, Madam ada hantar Whatapp yang mystep father nak pergi cucuk vaksin hari ni dekat klinik area rumah Budu. Madam kata Abah teringin nak makan nasi lemak buatan anak tiri. Siap request lagi nak sambal sotong dan sambal ikan bilik. 

PKP 3.0: Banyak Moment Yang Hilang

 


ASSALAMUALAIKUM

Budu sendiri pun tak ingat bila last dapat berkumpul dengan keluarga, bila last dapat jumpa kawan-kawan yang berada di luar negeri, bila last panjat-panjat gunung dengan group hiking. Mak saudara meninggal pun tak dapat melawat dan jenguk. Sedih rasanya. Semua jadi samar-samar. Adik perempuan Budu yang baru berkahwin tu pun dah mengandung sekarang, anak buah Budu si Darwish pun sudah masuk usia satu tahun. Tak dapat nak tengok anak buah belajar merangkak, berjalan dan tak dapat dengar ayat pertama dia. Rugi rasanya terlepas moment indah tu. Selalunya tiap minggu akan berjumpa dengan diorang. Ada sahaja aktiviti nak dibuat. 

MISTIK : Kesan Lebam Di Badan

 

ASSALAMUALAIKUM

Bangun subuh tadi, Budu terus solat subuh. Bimbang akan terlewat. Semalam jam dua pagi juga mata ini dapat lelap. Bila celik saja mata, suhu badan mulai tinggi. Selepas solat subuh, Budu baring semula sambil tengok review filem seram. Lepas tu sambung tidur balik dan terjaga pukul lapan pagi sebab perut dah mula sakit dan tidur kembali sehingga jam sebelas pagi.

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal