Pages

Niat Nak Kurus Tetapi...


Aku buka blog sekitar 2009 itu selepas beberapa percubaan gagal. Dahulu dunia blogging ni sangat friendly and penuh dengan semangat setiakawan yang tinggi. Sentiasa support antara satu sama lain. Sekarang ini dunia blogging sudah berbeza, aku ni tubuh blog personal jadi suka hati aku la nak taruk apa pun. Haha.. Nasihat rakan blogger dulu, menulis blog jangan ada campuran politik negara dan hal rumahtangga. Itu aku pegang sampai hari ini. Katanya fitnah ni tak mengenal mangsa. Tujuannya adalah elak diri kita daripada fitnah. Kita, aku , kau...masing-masing ada kawan berlainan jantina, berkawan tiada dosa tetapi mata masyarakat melihat dan mentafsir tidak selari dengan apa yang kita lakukan. Bukan ini yang aku nak bahaskan, apa yang aku nak ceritakan adalah tentang niat orang yang ingin kuruskan badan. Aku salah seorang daripadanya. Dari berat 48kg naik kepada 70kg dan turun kepada 53kg dan naik balik kepada 63kg. Apa yang aku nak tegaskan di sini adalah NIAT.

Penutupan 'Facebook' Mendidik Aku.


Di sebalik kesibukan kita mengambil tahu hal keduniaan dan hidup orang lain, eloklah kalau kita fikir sahaja pasal diri sendiri. Aku bukan apa, cuma kadang kadang tersinggung dengan masyarakat terutama kaum sejenis yang bukan main lagi nak jadi power rangers pink dalam kehidupan orang lain. Itu ini dilemparkan, kata-kata kalau baik tak mengapa, ini sudahlah kau kutuk orang selepas itu kau labelkan orang dengan benda yang bukan-bukan, kalau betul tidak mengapa, ini kau pun tidak tidur sebantal dengan dia. Haishhhh....
COPYRIGHT@Hak Milik Kekal