Pages

PKP 3.0 : Resepi Spagetti Mashroom Carbonara By Budubilis

Mymadam suka sangat kalau Budu masak Spagetti. Kadang dia komplen juga sebab Budu suka masak pedas. Apapun hari ini Budu nak kongsikan Spagetti yang Budu buat minggu lepas tetapi kali ini Budu share resepi mudah yang korang boleh beli bahan dia di kedai je. Kalau nak cepat boleh la guna resepi ni. Apapun Budu harap bermanfaat buat korang yang tengah bosan kat rumah tu.

 Bahan-Bahan:

  • 1 Paket Spageti Prego ( Paling halus)
  • 2 ulas bawang putih di cincang halus
  • 1 biji bawang Holland di cincang halus
  • Minyak Zaiton
  • 1 tin Sos cendawan Carbonara Prego
  • 1 gelas Susu segar (Farm Fresh)
  • 2 biji cendawan Shitake (ikut selera masing masing)
  • 1 sudu kecil Paprika
  • 1 sudu kecil garam
  • Mix Vage
  • Isi ayam yang dipotong dadu
  • Daun sup sekadar hiasan

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang hollad.
  2. Masukkan isi ayam, cendawan. Kacau hingga ayam masak.
  3. Masukkan sos cendawan carbonara bersama vage mix serta susu segar nak bagi rasa lebih berkrim.
  4. Bila kuah sedikit mendidih, masukkan garam dan paprika (kalau tak suka boleh abaikan). Boleh juga guna dry chili untuk rasa pedas. Kalau rasa dah okey boleh rebus spageti dan campur bersama kuah yang dimasak.
  5. Taburkan sedikit paprika dan daun sup yang telah dihiris halus.

Selamat Mencuba Guys!

1 comment:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal