Pages

Cara Buat Popia

Ni nak ajar macam mana cara nak buat popia. Bagi student yang malas nak masak makanan berat-berat , boleh cuba. Best kan time-time study tu dok mengunyah(memori semua tu huhu)..

Asam Pedas Kelantan



Assalamualaikum. Hari ni Budu nak share resepi asam pedas Kelantan. Siapa kata umur dah tua pandai masak semua jenis masakan, ada juga yang masih belum sempat diteroka lagi. Contoh terdekat Budu la. Dulu, balik kampung @ duduk dikampung dapat le

TipS Elak Rasa Kecewa Berlarutan

Assalamualaikum

Mesti ada antara korang ni pernah kecewa. Tapi kecewa tu benda wajib berlaku dalam hidup tak kira kita izinkannya atau tidak. TERPAKSA...kita sememangnya terpaksa mengizinkannya walaupun pahit untuk kita telan dan menghadapinya. Budu tiga kali tak jadi kawin, putus tunang sekali...kalau kecewa dalam cinta..huh! tak payah cerita. Kalau ikut rasa sakit hati, taknak

Petua Kurangkan Sakit Gigi^^

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari ke-4 budu menahan sakit gigi. Nak kata ulser pun budu bukan ambil pusing sangat bab2 penyakit ni. Apa yang datang terima seadanya. Tapi bila sakit dah masuk hari ke-4, memang 'redha' tu dah tak ada. Cuak pulak rasanya. Bengkak sudah merebak ke lelangit sampaikan budu tidur pun boleh tersedak kelemasan T_T. Nasib umoq panjang lagi. (potong stim betol, masa tu baru nyenyak tido layan mimpi zaman perang nepoleon).
Bahagian yang budu rasa sakit sekarang(by google)

Bukan malas nak ke hospital tapi malas nak bersoal jawab dengan Doktor. Budu ingat masa kecik-kecik dulu sampai dah remaja, kalau sakit, umi yang akan bagitahu doktor budu sakit apa. Kalau nak budu bercakap, memang tak la... Budu kan pemalu..aceceh HAHAHA

ty pada Trigona Bee Honey bagi petua untuk kurangkan sakit, pakai madu kelulut katanya. Huh! memang bunyi pelik tapi lebah kelulut ni pernah budu tengok masa kecik-kecik. Tu pun sebab budu suka bakar sarang dia .. HEHE. Kalau senang nak dapat sumber dia, confirm budu dah sapu dah. Ini mana nak dapat tak tau... T_T

P/S: ada petua lain nak kurangkan sakit gigi, ulser atau bengkak rahang ???

Ketupat Sotong Kelantan


Assalamualaikum
Semalam budu share tentang resepi untuk masak ayam percit, hari ini budu nak share resepi untuk buat manisan negeri kelantan, iaitu ketupat sotong. Di Kuala Lumpur ni tak payah cari, memang susah nak dapat. Lain la kalau pandai masak. Kalau tak pandai memang akan jadi banyak masalah. Mungkin pulut keras, kuah terlalu manis. Budu belajar masak resepi ni pun dari Umi budu. Mula-mula buat, pulut dia agak keras, tapi dah lama masak, pandai-pandai la taruk pulut, supaya dia tak keras . So selamat mencuba okey?^^

Ayam Percit Kelantan

Assalamualaikum
Apa Khabar semua? Semoga sihat selalu dimana anda semua berada. Hari ni budu teringin nak kongsi resepi   masakan Kelantan. Antaranya Ayam Percit. Kalau dok Kuala Lumpur confirm time bulan puasa je la korang boleh balun ayam percit kaw-kaw. Budu tahu ada antara korang terer bab masak memasak. Budu tak pandai sangat, main campak je. Kalau jadi maka jadilah. Kalau tak jadi, keparit la jawabnya Hahaaha.
COPYRIGHT@Hak Milik Kekal