Pages

Dugaan Dalam Berkawan

Assalamualaikum.

Ayat biasa bila dah lama tak blogwalking and buka blog adalah sorry sebab hari-hari Budu tangguh niat nak buka blog...malas. Haha..Balik pada tajuk yang Budu nak cerita. Kalau sesapa kenal Budu...Budu memang seorang yang sangat naif, cuai dan annoying. Setiap kali Budu berkawan dengan sapa pun mesti akan berakhir dengan hal
yang menyakitkan hati sendiri. Tapi ALHAMDULILLAH, lepas beberapa hari berfikir dan sebelum tidur Budu berdoa suapaya Allah boleh luput ingatan Budu pada orang-orang yang Budu kenal sebelum ni, orang-orang yang pernah sakitkan hati Budu dan Budu penat nak salahkan orang itu...orang ini atas apa yang jadi sometimes Budu pun seorang yang sangat menguji kesabaran orang lain. Dalam hidup ni biasa kalau kita tak suka dengan perangai seseorang dan biasa juga kalau orang pun tak suka kita. So...baik ke, jahat ke kita buat, niat kita...tak akan ada orang puas hati dan setuju dengan kita sepanjang masa. Bak kata pepatah, PATAH tumbuh, HILANG berganti. Setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati jadi buang masa kita dok fikir orang yang menguji kesabaran kita. Buang masa kita kenang orang yang takkan hargai pengorbanan dan diri kita. Buang masa juga kalau kita bersedih untuk benda yang sia-sia. Jadi hari ni kalau kita ada kawan baru, kita enjoy dengan persaudaraan yang baru, ikatan yang baru atau kebahagiaan yang baru. Apa yang lepas kita let'go,kan dan benda baru yang datang kita manfaatkan sebaiknya. Bak kata Cinderella, BERBUAT BAIK dan TABAHKAN HATI apa pun boleh jadi. Jangan kerana marah, benci dan dendam kita halang diri kita bahagia. Kalau keluarga sendiri boleh saling membunuh apatah lagi kawan, insan yang tak ada pertalian darah dengan kita. Cuma berhati-hati dan jangan kerana satu hal kita menyesal jadi baik dan sebagainya. :)


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal