Pages

(2017) Sindiket Penipuan Melanjutkan Pelajaran Ke UITM

Assalamualaikum, salam ukhwah kepada rakan blogger dan pembaca. Belum terlambat Budu ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha. Kesibukan kerja dan tugas menyebabkan Budu langsung tak ada masa untuk jenguk blog yang dah usang dan berhabuk ni. Lagipun tak ada peluang nak fikir apa-apa idea nak dimasukkan ke dalam blog ni. Menjadi penulis blog pun dah kena bersaing sekarang terutama blog personal macam Budu ni.


Topik kali ni nampak serius, kan, mau tak serius..

Baru ni Budu sempat balik menyambut dan menunaikan ibadah korban, itu pun menumpang sipi-sipi Mak punya ibadah korban. Hari tu sempat Budu berbual dengan anak dara Tuan punya lembu (Tak ingat nama hahaha itulah jarang lagi balik kampung) bernama Mira dan kini berusia 18 tahun. Mira bagitahu Budu dia dapat tawaran ke UiTM dalam courses Seni Bina melalui aplikasi WHATAPP. Dalam hati Budu, WOW!. Ini confirm budak pandai. Bila Mira cakap, dia telah membuat bayaran kepada UiTM di MAYBANK sebanyak RM600, Budu terkejut. Was-was mula datang ketuk hati aku ni. Biar betul. Seingat Budu masa sesi pendaftaran courses Budu di UiTM, pegawai yang bertugas tu cakap dalam taklimat dia yang UiTM tidak mengambil CASH daripada pelajar. Pelajar kena bayar yuran pendaftaran di Bank ISLAM atas nama NAIB CANSELOR dan pada resit ada no. ID pelajar tetapi terbalik pula dengan Mira, dia hulur pada Budu resit Maybank yang ditulis nama dia dengan pen biru. Dia cakap baru minggu lepas dia pergi register, Mak Mira menyampuk "Mak Cik terpaksa jual kambing untuk bayar yuran tu." Budu senyum saja. Budu cuba tolong dan check dekat website UiTM. Budu suruh Mira keluarkan slip SPM. Sebelum tu Mira cakap, UiTM ada whatapp  mengatakan courses yang diambil MIra terpaksa ditangguhkan dengan alasan student tak cukup. Aik? Dalam courses Budu tak lah sikit banyak sangat student tapi kelas berjalan seperti biasa. Pendaftaran juga berjalan lancar. Masa Budu check, nama Mira langsung tak layak apply UiTM sebab result SPM Mira 5G dan 2E. Ini bukan UiTM, mana-mana Universiti pun tak boleh. Budu cakap pada Mira, kalau teringin sangat nak melanjutkan pelajaran, ambil semula SPM dan cuba sekali lagi. Apapun Mira cakap dia kecewa jadi mangsa penipuan.

Nasihat Budu kepada mereka yang nak sangat melanjutkan pelajaran ke Universiti, terutama UiTM, UiTM takkan hantar text melalui Whatapp ye. Haha UiTM akan hantar surat tawaran beserta khidmat pesanan ringkas yang memberitahu yang kita layak mendapat tempat di UiTM. Kepada Ibubapa juga kena peka terhadap isu semasa dan apa-apa tawaran yang anak-anak dapat. Check dulu kesahihan tawaran tersebut. Call dulu Universiti yang ditawarkan. Jangan biarkan kes Mira berulang. Berhati-hati. Korang boleh baca artikel ini, sindiket yang sama mungkin http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2010/04/16/waspada-sindiket-tipu-kemasukan-ke-uitm/iket yang sama mungkin.

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal