Pages

MISTIK : Di Ekori Ketika Mendaki Gunung Nuang

 

Assalamualaikum

Kisah pengalaman mendaki gunung ni banyak tetapi pengalaman mistik tidak semua orang mampu terima begitu sahaja. Sekitar 2016 Budu mengalami depresi disebabkan oleh keluarga dan lingkungan kerja. Masa tu Budu sedih sangat sampai tak mampu nak duduk dirumah dan duduk bersendirian. Budu tekad untuk keluar dari kesedihan tu dan cuba tenangkan diri, memaafkan serta ikhlaskan hati dengan apa yang berlaku.

Hari sabtu, Budu tak bekerja jadi Budu ambil langkah berani untuk hiking sorang diri. Masa tu rasa sunyi giler. Ditinggalkan kawan baik di negara orang, berhenti kerja sebab officemate dan keluarga yang toxic. Semua berlaku dalam satu bulan. Fikiran tak mampu nak tampung banyak tekanan tu dalam masa yang sama. Selepas 2 bulan kemurungan 'berkampung' dalam rumah, akhirnya Budu pilih untuk keluar.

Gunung Nuang. Selalunya menjadi pilihan utama kerana masa tu Budu tak kenal gunung lain dan Budu rasa Gunung Nuang dah sebati dengan hidup Budu sebab Budu dah mendaki kat sana banyak kali. Track dia pun senang ingat dan selok belok dah banyak tahu.

Mula-mula mendaki Budu tak rasa apa-apa pun. Seronok dapat hirup udara segar, otak rasa tenang, hati pun damai. Layan track yang turun naik sesekali terlintas juga apa yang terjadi di dunia realiti. Beberapa pendaki lain kebanyakan sudah naik terlebih awal dan Budu agak lewat namun masih ada pendaki lain yang baru nak memulakan perjalanan namun mereka melewati Budu terlebih dahulu. Seorang demi seorang. Langkah mereka agak laju. Maybe diorang nak kejar puncak Gunung Nuang kot. Begitulah tanggapan Budu.

Sampai sahaja di CP ke-3, hanya tinggal Budu seorang diri sahaja. Budu meneruskan perjalanan selepas berehat seketika. Masa dalam perjalanan mendaki semula, Budu terdengar seperti orang berjalanan di belakang Budu. Budu berpaling untuk melihat di belakang kalau-kalau ada pendaki lain tetapi tidak ada sesiapa pun.

Budu berjalan lagi, kali ini terasa seperti sesuatu di dalam hutan di sebelah kiri Budu. Seperti sesuatu menyusup bergerak seiring dengan langkah Budu. Budu cuba positif. Itu mungkin anjing penduduk orang asli yang menjaga kebun mereka. Walaupun kadang kala terlintas rupa harimau dalam fikiran. 'Dia' seperti memerhati dan mengekori. Cepat-cepat Budu buang fikiran seperti itu. Tidak mahu memikirkan hal bukan-bukan, lebih-lebih lagi di dalam hutan tebal. Sambil berjalan tu sambil mulut berselawat bagi menghilangkan rasa resah dalam hati. 

Sampai dihujung jalan sebelum masuk ke track hutan, Budu berehat sekejap sebelum menyambung kembali. Bila sampai di kunci air terdapat sebuah rumah usang yang katanya dulu adalah milik penjaga kunci air tersebut. Perasaan Budu selalu tak pernah enak setiap kali menatap rumah dan kolam sebelah kunci air. Rasa ada 'sesuatu' tetapi ia hanya ada disitu tanpa berbuat apa-apa. Budu usaha habiskan pendakian supaya cepat sampai ke Kem Lolo. Masa tu ada beberapa orang berkhemah disitu. Barulah Budu bernafas lega. Budu duduk tenangkan diri di tepi sungai sambil makan bekalan makanan yang Budu bawa dari rumah. Dekat situ ada pondok dekat pokok buloh. Pondok tersebut terlalu ke belakang menyebabkan jarang ada para hikers yang ke situ. Dan Budu teringat kes hikers yang kena kacau dekat situ. Hikers tersebut satu group dari group Budu join cuma mereka datang agak malam disebabkan mereka datang selepas waktu kerja. Biasalah lelaki dan wanita, tergelak sana sini malam-malam dan akhirnya diganggu. Katanya, diorang dengar seperti orang berjalan mengelilingi khemah dan diorang tak dapat tidur malam tu. Keesokan paginya mereka memilih untuk balik.

Waktu turun, ada hikers lain yang dalam masa yang sama nak turun jadi Budu membontoti-lah diorang sampai ke parking kereta. Agak lega walaupun terpaksa berlari masa turun bukit sebab taknak ketinggalan. 

2 comments:

  1. Shootercasino - Casino Games
    Shootercasino Online Casino. We are a Casino Software Provider and 제왕카지노 we make sure that you always get a 메리트 카지노 Welcome Bonus. That's the 샌즈카지노 real deal.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal