Pages

Niat Nak Kurus Tetapi...


Aku buka blog sekitar 2009 itu selepas beberapa percubaan gagal. Dahulu dunia blogging ni sangat friendly and penuh dengan semangat setiakawan yang tinggi. Sentiasa support antara satu sama lain. Sekarang ini dunia blogging sudah berbeza, aku ni tubuh blog personal jadi suka hati aku la nak taruk apa pun. Haha.. Nasihat rakan blogger dulu, menulis blog jangan ada campuran politik negara dan hal rumahtangga. Itu aku pegang sampai hari ini. Katanya fitnah ni tak mengenal mangsa. Tujuannya adalah elak diri kita daripada fitnah. Kita, aku , kau...masing-masing ada kawan berlainan jantina, berkawan tiada dosa tetapi mata masyarakat melihat dan mentafsir tidak selari dengan apa yang kita lakukan. Bukan ini yang aku nak bahaskan, apa yang aku nak ceritakan adalah tentang niat orang yang ingin kuruskan badan. Aku salah seorang daripadanya. Dari berat 48kg naik kepada 70kg dan turun kepada 53kg dan naik balik kepada 63kg. Apa yang aku nak tegaskan di sini adalah NIAT.

NIAT,
Apa niat kau nak kurus? Nak merasa pakai baju kecil, seksi, molek serta mendapat pujian orang atau sebab kau nak sihat dan dalam masa yang sama kau berhijrah kepada sikap lebih baik?

Aku dulu pun tak terfikir juga soalan macam ni. Memang niat nak sihat dan kuruskan badan masa tu sebab tengah sakit. Bila kurus, lupa diri. Walaupun masih dalam konsep yang sopan tetapi tipu lah kata tak ada perasaan ego dan riak dengan orang walaupun sedikit, mudahnya mulut kita masa tu menyumpah bentuk badan orang wahal kita pun asalnya dari gemuk gedempol juga. Bila sekali ALLAH tarik balik nikmat diberi yang kita salah gunakan tu...ambil kau! Apa yang aku nak katakan disini, tak salah kita nak kuruskan badan tetapi niat kena betul dan kita janganlah gunakan nikmat ALLAH bagi tu kau pergi goda pula lelaki ,letak gambar berahi kat facebook bagai. Seksa batin orang dik. Ini aku tuju kat diri aku juga. Sama-sama kita muhasabah diri dan beringat. Aku pun bukan baik juga tetapi kita bercakaplah hal yang baik-baik, mana tau benda baik yang kita cakap tu terpantul pada diri kita. Alhamdulillah ...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal