Pages

Cara Move-On Dari Percintaan atau Perkahwinan


Assalamualaikum...

Selamat petang. Bila kita 'toleh' ke belakang sebenarnya banyak kenangan manis dan pahit telah kita lalui. Tidak kiralah dengan pasangan atau orang sekeliling. Namun, kawan Budu selalu tanya "Macam mana kau boleh MOVE ON?". Move on daripada apa?
"Pengalaman bercinta". Budu sebenarnya google juga pasal cara nak move on. Lebih-lebih lagi daripada percintaan atau perkahwinan yang musnah.

Pertama : Menangis sepuas mungkin

Menangislah sepuasnya kerana itu akan membuatkan kita merasa lega. Ya. Kenangan akan selalu berlegar-legar dalam kepala kita. Perasaan terbiasa ambil tahu tentang dia akan muncul setiap saat. 'Adakah dia okey?', 'Adakah dia sudah bertemu pengganti?', 'Apa dia tengah berbahagia?', 'Mudahnya dia lupakan aku' dan banyak lagi persoalan menganggu emosi kita saban hari. Bila kita menangis, kita lebih muhasabah diri dan disitu nampak kebergantungan kita kepada ALLAH s.w.t. Kesedihan dan Kesulitan hidup tu adakalanya mendekatkan kita kepada DIA dan DIA menguji atau menarik sesuatu nikmat dari kita, pasti ada hikmah disebalik itu. Mungkin DIA taknak kita leka, mungkin juga kita terlalu leka tanpa lupa untuk 'check' kekurangan serta kekhilafan diri kita.

Kedua : Block Contact / Socmed

Ini adalah cara paling berkesan. Bila kita menahan diri daripada stalker Ex or jiran or sesiapa sahaja, itu bakal mengurangkan perasaan sakit hati, dendam, cemburu, atau sifat suka membawang. Kebiasaan, kalau kita tak block mereka, kita takkan move on. Bila teringat kita akan buat 'come back' dan balik semula kepadanya. Kalau pasangan tu adalah seorang yang sering buat kita menderita dan kita seolah memberi dia ruang sekali lagi untuk melukai hati kita. Bila kita 'block' mereka, kita boleh rasakan kehidupan kita sepi, sunyi...memang agak bosan sebab kebiasaan yang kita buat tu kita dah tak buat lagi. Kebosanan yang bagus untuk kita. Ibarat kita mulai hidup baru dan menunggu kita untuk mencorakkannya. Contoh macam sebuah buku. Bila kau padamkan apa yang kau tulis sebelum ini, dan kau boleh buat contengan baru mengikut apa yang kau suka. Berharaplah 'contengan' yang lebih baik dari sebelumnya.

Ketiga : Back to ALLAH

Sebagai seorang beragama Islam, kita kena balik kepada-Nya. Perbaiki hubungan kita dengan ALLAH. Mungkin sebelum ini kita utamakan orang lain melebihi ALLAH. Berdoa agar kita istiqomah dan berdoa juga supaya kita dipertemukan jodoh yang lebih baik. Yang tidak mengajak kita kepada hal-hal yang 'lagho'. Doa sangat penting. Jangan malas berdoa. Doa di socmed tu tidak dikira okey =) .

Keempat : Bergaul dengan rakan yang POSITIF

Pengaruh rakan sebaya bukan hanya dalam drama Slot Akasia je. Carilah rakan yang mampu memberi nasihat atau kata-kata yang positif. Rakan yang mampu membantu kita untuk move on. Bergaul dengan makcik geng surau ke atau club rukun tetangga ke, supaya kita tidak ada ruang untuk memlikirkan tentang hal yang lepas.

Kelima : Sibukkan diri

Sibukkan diri anda dengan aktiviti seperti bersukan, travel atau apa sahaja yang boleh membuatkan kita lupa kepada mereka. Bila kita sibuk, Insya - ALLAH, kita akan lupa. Apa yang selalu Budu buat, bila fikiran mula teringat kepada dia, Budu akan berzikir sampai tertidur. Kekadang malam sebelum tidur kan, kita rasa sunyi, sepi dan waktu tu fikiran mula lah datang nak memikirkan hal yang lepas. Yang paling utama, memaafkan dan mendoakan mereka adalah lebih baik. Mendidik kita supaya pasrah dan redha. Kita doakan dia, dan doa itu akan berbalik kepada kita jua. Doa yang baik-baik.


3 comments:

  1. Setuju..akak pun buat macam ni...kena maafkan dan jangan ada dendam..sakit memang sakit tapi kena move on...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal