Pages

Slipped Disc , Bersara & Travel

Assalamualaikum

Bersara dari dunia blogging memang payah lagi-lagi kalau kita ni suka sangat menulis diari dan sebagainya. Otak dah biasa ligat berfikir. Blog ni agak dalam 4 atau 5 tahun tak aktif dan banyak entry lama-lama Budu padamkan. Selalunya, Budu akan aktif di Instagram sahaja. Seronok letak-letak gambar, letak caption yang entah apa-apa. Actually, Budu suka ambil gambar...sebab tiap gambar adalah kenangan, tiap gambar ada cerita. Cuma kadang kala kita kena 'hide' kan isi hati. Biasalah zaman kecam- mengecam ni. Bukan semua boleh luah kat orang. Bila nak marah...nak tulis caption menyindir tu, aku fikir sepuluh kali. Fikir apa penilaian orang pada kita. (Jangan jadi kurang cerdik*)


Ada yang tanya "Kesihatan macam mana?".
Allhamdulillah. buat masa ni masih boleh berjalan, kesana kemari, boleh lagi menikmati apa yang ada sekeliling. Cuma sakit sikit-sikit tu biasa je. Temujanji Budu sekarang ada dua, satu dengan Klinik O&G dan Klinik Ortho. Keduanya dibuat di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan. Pergerakan okey cuma tak boleh nak duduk lama dan bila buat aktiviti kerap pengsan dan pitam. Semput tu perkara biasa.

"Selalu nampak ke sana sini, Dah tak bekerja ke?"
Buat masa sekarang tidak atas faktor kesihatan (Doktor cakap ambil masa setahun atau lebih untuk tulang belakang pulih seperti sediakala), Budu tak boleh angkat barang berat, tak boleh melasak tapi... seminggu lepas operate Budu dah pergi panjat Gunung Suku, Genting Highland. So, Slipped Disc tu tak membaik seperti diharapkan. Ada je kawan-kawan offer kerja tapi bila decide nak kerja, selalu ada terikat dengan temujanji Doktor. Memang ada je lah hal nya. Masa mula balik Kelantan tu adalah Budu berniaga kat Bazar Ramadhan, Alhamdulillah...first time cuba, siap ada customer tetap lagi. Nampaknya, hebat juga Budu masak (cewah! Puji diri sendiri). 

Masa bulan Ramadhan tu dugaan agak berat jugalah. Hari-hari menangis, takda arah tuju. Dah la kita tak ada siapa-siapa kat sini. HUHU (sedih) Masa raya, Bff balik kampung, ajak mengopi. Masa syok mengopi ...bff Budu suruh tengok dalam web Air Asia, ada tiket murah tak. Masa tu Budu tengok tiket pergi Jepun RM800 pergi/balik. Murah. Terus kitorang booking. Itulah travel paling jauh untuk tahun ni. Mybff cakap... kite pergi tenangkan fikiran dan lupakan apa yang terjadi. 'Aku cuma nak hang bahagia ja'

Terkadangkan. Allah hadirkan kita seseorang yang baik sangat, selalu ada di samping kita, positif dan melindungi kita. Kekadang jugak, kita ni buta kayu. Yang orang tak hingin tu lah kau nak kejar.  Kesudahannya, melepas. Biar apa pandangan orang tentang kawan-kawan kita yang penting bukan mereka kasi kita makan. Kita mengenal siapa kita berkawan dan kita cukup dewasa untuk menilai baik dan buruk. 

sekian.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal