Pages

COVID19 : Kenduri Dalam Ketakutan

Assalamualaikum,

2/4/2020
Dah lama tak bebel kat sini sebab laptop rosak, nak repair dalam keadaan macam ni agak payah sebab semua kedai diarah tutup. Jalan raya pula sunyi sepi dikawal pula oleh polis dan askar. Alhamdulillah, kami sekeluarga masih kekal sihat. Aku yakin satu hari nanti mesti keadaan ni jadi sejarah dan seluruh rakyat Malaysia akan ingat. 


Al kisah 16 March lepas, rumah aku ada buat kenduri kawin Mymom. Atas inisiatif Kak Ipar, Angah dan aku untuk kami wujudkan majlis kenduri macam orang lain walaupun yang kawin tu dah veteran. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Masa tu risau juga sebab kes Virus Corona sudah merebak. Elok hari ni kenduri esok majlis sambut menantu dan tiba tiba malam rabu tu, PM umumkan yang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) berkuatkuasa pada 18 March 2020. Kami adik beradik rasa lega sebab semua berlaku sebelum PKP. Jiran sebelah rumah sempat pasang khemah je tetapi majlis di batalkan. Masa tu aku rasa bersyukur, ada hikmah kenapa ALLAH izinkan juga majlis mymom tu berjalan seperti dirancang. Niat kami adik beradik buat majlis tu untuk erat silaturrahim sesama saudara mara. Jangan tak percaya, ada saudara mara yang aku langsung tak kenal. Petang majlis ada buat solat hajat untuk anak saudara sebab ulang tahun kelahiran dia. 

4 comments:

  1. Kazen akak pun batalkan majlis saat akhir,majlis nikah pun batal..patutnya kami sekeluarga berkampung kat Kedah..dah jadi macamni elok la batal

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..tahniah dapat ayah baru..eh..:)

    ReplyDelete
  3. Mujur sempat tu.. sekarang pun dah raya. Nak masuk bulan 6 dah. Selamat hari raya sis~

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal