Pages

PKP 3.0 : Salam Aid-Adha 2021


 Assalamualaikum dan selamat hari raya aid-adha kepada semua rakan blogger. Firstly, saya menyusun jari memohon maaf atas segala khilaf dan bait kata dalam setiap penulisan jika ada mengguris hati mana-mana pihak.

Tahun ni masuk tahun ke dua kita menghadap covid-19 dan tahun ke dua juga kita beraya di dalam SOP yang ketat dan PKP. Budu ni naik jemu dah duduk rumah. Dari lepas czer rahim sampailah sekarang. Nasib la juga duduk rumah ada buat part-time job drawing and painting untuk customer. Kadang rasa stress juga memikirkan keadaan hari ni tetapi hati ni mampu berserah kepada ALLAH swt je la. 
Pagi tadi, bangun tidur nampak juadah yang digantung di pagar. Lauk masih panas. Terima Kasih kepada jiran yang memberi. Mak pun ada kirim rendang Melaka-nya yang sedap. My favourite ever tu. 

Hari ni macam biasa, Budu bangun mandi, gagah juga gosok dan pakai baju raya  duduk depan PC walaupun beraya dalam live streaming je dengan kawan-kawan alam maya. Sorry i tak main BIGO okey. Korang buat apa hari ni? Share sikit juadah apa yang korang masak? Comment down below.

3 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal