Pages

Temujanji ke - 2 Dr. Imran

 

Temujanji kali ini seperti temujanji lainnya. Budu gerak keluar dari rumah agak lambat. Temujanji jam 10 pagi dan Budu tiba di hospital jam 10.30 pagi hihi. Tunggu sekitar 20 minit untuk nama Budu dipanggil. Selepas beberapa minit berjumpa dengan Dr. Imran Budu mengeluh berat. Terasa seperti diberi harapan palsu lagi dan lagi. Dan Budu diberikan temujanji baharu untuk minggu depan.  Budu langsung tak faham penjelasan dari mulut Dr. Imran sebentar tadi. 


Budu dah bagitahu apa yang Budu rasa sebagai seorang pesakit. Budu hilang selera makan sejak 20 haribulan lalu. Berat badan susut dan bagi sesetengah ahli keluarga Budu berpendapat itu adalah perkembangan yang baik ‘diet tanpa sengaja’. Budu masih selsema seperti biasanya. Dan…Dr. Imran catat sesuatu di PC beliau. 


Budu balik dari jumpa Dr. Imran, Budu tapau nasi  Ayam Geprek Pak Ery untuk Umi abah sebab dah niat di hati sejak awal nak bagi mereka rasa apa yang Budu pernah rasa. Siap hantar depan rumah lagi. Umi tanya kenapa tak beli satu untuk diri sendiri? Budu cakap ‘ yang Budu tak ada selera makan dan Budu kena pilih-pilih untuk makan sebab tak semua makanan Budu boleh makan’. Waktu balik dari rumah Umi abah, Budu singgah Mydin. Budu teringin nak makan ayam penyet. Waktu tu…itu saja yang membangkitkan selera. 

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal