Pages

PKP 3.0: Banyak Moment Yang Hilang

 


ASSALAMUALAIKUM

Budu sendiri pun tak ingat bila last dapat berkumpul dengan keluarga, bila last dapat jumpa kawan-kawan yang berada di luar negeri, bila last panjat-panjat gunung dengan group hiking. Mak saudara meninggal pun tak dapat melawat dan jenguk. Sedih rasanya. Semua jadi samar-samar. Adik perempuan Budu yang baru berkahwin tu pun dah mengandung sekarang, anak buah Budu si Darwish pun sudah masuk usia satu tahun. Tak dapat nak tengok anak buah belajar merangkak, berjalan dan tak dapat dengar ayat pertama dia. Rugi rasanya terlepas moment indah tu. Selalunya tiap minggu akan berjumpa dengan diorang. Ada sahaja aktiviti nak dibuat. 

Haraplah kita semua ikut SOP yang ditetapkan dan stay home supaya covid-19 cepat berlalu dan kita dapat berjumpa serta dapat peluk cium mak ayah. 

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal