Pages

Pertalian Yang Terputus


 Assalamualaikum

Beberapa bulan lepas, Budu dipertemukan kembali dengan sahabat zaman sekolah dulu. Kali pertama kami bertemu di Nasi Ulam Cikgu di Kota Bharu. Kami tak borak pasal kehidupan masing-masing pun banyak membahan pasal Rudin, Budu banyak diam. Tak tahu nak sembang apa.

Selepas seminggu, Budu ajak diorang datang makan-makan dirumah. Kami masak sama-sama. Selesai makan kami borak panjang. Perkataan pertama dia ucap adalah 'Tenangnya rumah Chik'. Sampai saat ni pun, kalau Budu ke rumah Lin, dia mesti akan cakap benda yang sama. Dia terkadang suka membandingkan kehidupan dia dengan kehidupan Budu. Tapi...Budu sentiasa yakinkan dia bahawa setiap apa yang ALLAH tentukan untuk kita sebenarnya ada hikmah tersembunyi dan ALLAH memberi apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita inginkan. Kalau nak dibandingkan kehidupan dia jauh lebih baik dari Budu dari sudut kebahagiaan. Kadang manusia sikapnya unik dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada dan selalu 'ingin' kehidupan orang lain yang pada mata kasar sempurna. Hakikatnya tidak!

Lin membesarkan empat anak di rumah PPRT yang kecil namun sederhana. Cuma bagi Budu kalau dikemas sedikit, lawa je. Cuma Budu taknak memandai kemas rumah orang walaupun kawan baik sendiri. Cuma Budu ada belikan dia vacum dan wallpaper untuk dia. Setiap kali ke rumah Lin, kasihan tengok dia sapu sampah yang anak dia sepahkan setiap beberapa minit. Kadang nak borak pun jadi terganggu. Dia peluk Budu sambil menangis "Orang sedih Chik datang sini bawa macam-macam". Kalau ke rumah Lin selalunya Budu akan bawa barang dapur atau barang makan sebab Budu taknak dia masak Budu macam-macam bazirkan duit sedangkan duit tu atau makanan tu dia boleh isi perut anak-anak dia.

Budu cakap, mungkin ni lah masa Budu balas balik jasa Lin dan keluarga dia. Masa sekolah asrama dulu, cuti hujung minggu Budu selalu balik rumah keluarga dia. Walaupun diorang makan berlaukkan sardin tapi diorang terima kehadiran Budu dalam keluarga diorang dengan ikhlas dan anggap Budu macam anak sendiri. Duit yang kawan-kawan Budu bagi masa Budu susah dulu, Budu sedekahkan bagi pihak mereka kepada Lin, sekurangnya mereka dapat pahalanya. Mungkin mereka cakap 'halalkan' tapi bukan semudah itu kita nak bernafas lega.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal