Pages

Jangkitan Kuman Dalam Darah

 

5 July 2022 

Permulaannya Budu sendiri tak tahu dapat dari mana. Yang Budu ingat Budu mengalami sakit tekak. Budu fikir mungkin sebab jajan perisa cheese yang anak buah Budu belikan sewaktu kami sekeluarga ke Kuala Lumpur. 

Selepas seminggu

di Kuala Lumpur, Budu balik kampung. Bermulalah episod selsema dan disusuli dengan demam. Pada mulanya Budu anggap selsema biasa dan akan hilang dalam masa 2 hingga 3 hari. Tapi...

Budu silap.

Selepas seminggu selsema, ia menunjukkan tanda-tanda akan sembuh namun hanya selama dua hari sahaja selsema tu reda. kemudian ia kembali semula seperti sediakala. Boleh kata hidung tu dah macam hidung badut. Melecet  oi. 

Bila masuk minggu ke 3 selsema, Budu mula rasa tak sedap hati lebih-lebih lagi bila masyarakat mula up status pasal Influenza dan sebagainya. Jadi Budu pergi jugalah ke Klinik kerajaan berdekatan. Tak dekat juga sih haha nun jauh di pusat bandar. Kebetulan masa tu nak jumpa Ida. Budu minta Ida temankan dan budak Ida pula baik orangnya. Ikut saja.

Doktor buat COVID test dan juga ujian darah. Alhamdulillah Budu tak kena covid cuma ujian darah ada masalah. Blood test menunjukkan Budu ada jangkitan kuman.

6 comments:

  1. Semoga cepat sembuh ye..SA pun masih struggle...jenuh dah batuk dan selsema

    ReplyDelete
  2. Semoga kembali sembuh. Risau jugak jangkitan kuman dalam darah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih. Itulah risau juga sebab macam macam virus muncul sekarang.

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal