Pages

PKP 3.0: Diuji Di Bulan Ramadhan Lalu

Ramadhan lepas dah tak sama macam ramdhan tahun sebelumnya. Ni kiranya ramadhan yang sangat struggle bagi peniaga atau pemula. Ada orang baru dapat tapak bazar, baru nak berjinak berniaga tetiba Kerajaan Negeri umumkan bahawasanya Bazar Ramadhan dibatalkan. Memang sampai masuk berita lah pasal kes ni. Budu pun terkena juga tempias. Budu lebih...

kepada sekadar memenuhi permintaan mak untuk menghidupkan lesen niaga bazar ialah usaha makayah untuk dapatkan lesen dulu bukan benda mudah. Jadi tak ada ahli keluarga lain yang sanggup untuk meneruskan legasi mereka yang suka berniaga dan memasak. Kalau tak berniaga pun Budu okey ja. Cuma disebabkan bahan mentah semua dah beli jadi nak tak nak kena juga berniaga. Siapa nak makan kalau itik sampai sepuluh ekor? Budu sempatlah berniaga selama seminggu kemudian Budu tutup terus selepas kerajaan negeri bayar pampasan. Walaupun tak banyak tapi balik jugalah modal yang dah keluar. Alhamdulillah.

Selepas kejadian bazar, cincin emas yang Budu baru beli sebulan sebelumnya tu hilang. Masa tu Budu nak ke Mall nak cari barang untuk lukisan. Budu tanggalkan cincin untuk pakai sanitizer. Jadi Budu letak di atas riba. Masa nak keluar dari kereta Budu bangun macam tu saja dan terlupa tentang cincin Budu tu. Bila sampai rumah baru Budu teringat pasal cincin tu. Tapi seingat Budu ada sebuah kereta parking sebelah kereta Budu dan dua orang perempuan tu bersikap aneh masa tu. Dia gelak gelak lepas tu pandang Budu, Budu macam pelik la kan tapi Budu abaikan saja. Masuk kereta terus blah. Masa tu Budu masuk mall tak sampai pun tiga puluh minit disebabkan barang yang Budu nak cari tu tak ada. Budu ada post pasal tu dalam group FB kalau kalau ada sesiapa nampak atau terambil. Cincin emas... kalau jumpa siapa nak pulangkan balik? Memang tak nye. Apapun Budu anggap tak ada rezeki dan 'melunaskan' dosa sebelum ini.

Terkadang, bila duduk sorang-sorang, kadang terfikir..teringat balik...sedih pun ada. Namun, dalam bulan ramadhan tu juga Budu ada tiga belas baju raya, kebanyakannya hasil pemberian keluarga dan kawan-kawan. Alhamdulillah. Walaupun seperti banyaknya rezeki dan nikmat yang ALLAH tarik, tapi masih ada rezeki lain yang diberi. :)

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal