Pages

"Jasa KAU pada MEMBER?"

Pada mulanya berbalah pasal kes duit raya yang Mok bagi saya tahun lepas RM3 dalam sampul tetapi saya diamkan dan terima pemberian itu. Kita minta duit raya dan dia memberi. Itu sudah selesai bahagian dia dalam menunaikan janji. Kemudian, dia tanya saya balik " Saya bagi jugalah. Awak bagi apa pada saya?"


"Saya bagi...awak tak nampak" 

"Halimunan kot" Katanya seperti menyindir dan seolah saya tidak ada satu jasa dan kebaikan yang saya lakukan terhadap dia. Sedih!

Saya tiba-tiba jadi emosional. Selama ni dia tak nampak ke apa yang saya pernah bagi? Atau memang nak kena tunjuk jongkong emas baru dia nak mengaku saya ni member dia? Silap haribulan kau ni. Saya pun list-kan lah apa yang saya berikan dan saya lakukan untuk dia selama kami berkawan. Bukan saya nak ungkit tetapi saya sangat penat untuk memberi sesuatu kepada seseorang yang tidak pernah nampak bahkan mempertikai jasa kita terhadap dia. WTFishcakes.

Dan.. saya mengeluarkan perkataan 'berambus' kepada dia. Saya bukan marah cuma saya tidak mahu lagi terus berkomunikasi dengan kawan yang sebegitu rupa..saya takut perkataan lebih tidak sesuai akan terkeluar. Lalu dia menyedari kesilapannya dan berkata bahawa segala kata-katanya adalah gurauan dan tidak ada niat untuk menyakiti hati saya. Dan dia juga tahu bahawa kata-kata dia akan membuatkan saya marah. Dia cakap saja nak test...What? Semudah itu. 

Bagi saya, perlu ke kita berkata begitu pada seseorang atau sesiapa pun? Contoh, awak bersedekah setiap hari pada pengemis dan satu hari awak tanya dia, "Saya ada juga memberi pada awak, apa yang awak bagi pada saya?". Takkan nak kena buat mengisytiharan setiap pemberian dan jasa kita kepada orang? perlu ke? Ya. Bagi orang lain nampak benda macam ni kecil tetapi pada hati dan perasaan orang lain, bagaimana? 

Ya. saya sayang GEMOK saya tetapi peneguran perlu dibuat supaya dia lebih berhati hati bila berkata-kata. Awal dulu, dia seorang yang sangat annoying. Kau akan nampak dia seperti seorang yang suka mempergunakan kawan. Saya masak, dia boleh komplen. Lepas tu ada beberapa perkara yang buat saya pendam rasa. Tetapi... sekarang ni kalau ada satu perkara yang saya tidak setuju atau suka, saya bagitahu je. Malas mahu simpan lama-lama. Nanti jadi bom jangka. Haha... 

DONE MEMBAWANG!

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal