Pages

Perbalahan dalam Keluarga




Bukan dalam keluarga orang lain, dalam keluarga I pun sama, perbalahan sering terjadi. Lagikan laki bini bole bersabit. Ye dak?. Adik beradik tak bertegur sapa, saudara mara bermasam muka, bergaduh, berdendam kerana kisah lama. Adakala kita yang menjadi anak menantu ni jadi tersepit disebabkan pergaduhan mertua dan adik beradiknya. Tak dilayan...makbapak saudara kita. Kalau dilayan...dimarahi pula. Akhirnya ambil sikap berdiam diri sahaja.

Ya. Memang waktu kita kecil, makcik or pakcik kita mulut tak baik dan perangai baran tetapi bila tua, anak-anak saudara ni la yang dia nak tumpang bermanja. Kadang tak sampai hati bila lihat adik beradik yang taksub dengan hasutan ahli keluarga lain untuk pulau mereka. Jauh di sudut hati...kesiannya. 

Bagi saya, saya bagi peluang sebanyak 3kali sahaja. Kalau kali ke 3 nampak tak ada perubahan pihak yang nak bergaduh tu...ego besar BAS, nak minta maaf pun tak nak..Nak juga bertongkat langit.. Okey cukup setakat tu sahajalah. Saya akan ambil langkah untuk ignore dan move on tanpa dendam. Bagi saya, kenapa saya nak menangis, bersedih untuk ambil hati orang, minta maaf pun dibalas maki hamun...??? Kita dah mengakui salah kita. Dah minta maaf. Jadi tanggungjawab kita dah lepas. Selebihnya dia dengan ALLAH sahajalah. Sebagai manusia, apa yang orang buat pada kita...memang tak boleh kita lupa atau hapus dari memori tetapi kita boleh memaafkan tu kira tertunduk ego. Dah satu sifat yang murni memaafkan orang lain. Lagikan jatuh terluka pun....kita kenang. Ini pula orang yang anaiya kita.

PEACE :)

1 comment:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal