Alhamdulillah hari ni selesai sesi pertama untuk Breath Test. Agak kesulitan juga masa nak set date untuk Ujian Pernafasan Hydrogen dan Methane ni. Antaranya adalah masalah kewangan sebab harga test pertama ni RM1400. Disebabkan pandemik Covid-19 dan lockdown, duit banyak
keluar berbanding duit masuk.Setiap ujian mengambil masa:
Hari pertama : Glukosa (3jam) + Frukosa (3jam) = 6jam
Hari kedua : Laktosa (5jam)
Fruktan (3jam)
Untuk buat test ni kita kena ada persediaan yang dah disenaraikan oleh pihak Unit Endoskopi HUSM
Persediaan :
4 Minggu sebelum ujian
- Jangan ambil ubat-ubatan antibiotik
1 Minggu sebelum ujian
- Jangan ambil ubat-ubatan anti-sembelit/ pelembut najis (Lactulose, Fybogel). Green tea lepas je.
3 hari sebelum ujian
- Anda dibenarkan mengambil enema/supositori
1 hari sebelum ujian
- Anda HANYA dibenarkan makan dan minum seperti :
- Roti putih, nasi putih, ayam rebus, ikan rebus. Garam sahaja dibenarkan di dalam masakan.
- Minuman tanpa gula seperti air kosong, kopi kosong, dan teh kosong.
semoga dipermudahkan urusan sis :)
ReplyDeleteTerima Kasih
DeleteSemoga semuanya dipermudahkan. Aaminn
ReplyDeleteAmin. Alhamdulillah Nina Mads :)
DeleteHaah kalau check meter tu Yang exceed jadi nervous
ReplyDeleteSamalah. :D
Delete