Pages

Lantas Kerana Kecewa


Aku tahu manusia tidak sempurna,
Lekas berubah...
Aku kenal sebilangan hati,
Hati yang tidak aku kisah kurang lebihnya,

Aku pernah merasa sakit
Saat terlihat dia dalam pelukanmu
Jiwa kekasih mana tidak runtuh
Terasa dibonekakan oleh kamu dan dia

Dia...sahabat aku
Orang paling tahu penat lelah aku yang coba mencintai kamu,
Orang sangat ambil berat sakit sihatku,
Orang yang kerap menghubungi kamu untuk aku,
Kerna atas dasar percaya,
Kerna atas dasar setiakawan,

Aku salah sebetulnya,
Aku sorok pemikiran untuk pujuk hati
Pujuk hati bahwa masih ada insan buat aku bahagia,
Kamu dan dia...

Aku marah,
Aku benci,
tapi...
Apa aku boleh menghukum kamu?
Sedangkan kamu berhak merasa apapun bahkan untuk bahagia,

Aku?
Hati aku tidak apa-apa
Lukanya bakal baik meski parut itu lama,
Aku kira tidak pantas menghalang kamu saling menyayangi,
Sifat kita itu untuk diasas begitu bukan memusuhi,

Menghindari kamu sejauhnya adalah rawatku
Memberi aku masa menyantum hati,

Jika bukan kerana kamu melukaiku,
Aku tidak gagah meneroka dunia,
Aku tidak tegar mengejar cita,
Dan...
Aku tidak jadi seperti hari ini,
Semua kerana kecewa yang tercalar.

B.B
5.38PM/24SEP16

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal