Pages

EVENT : Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2016

Ini punya event dah lama. Asalnya member yang invite dekat FB. Budu ni fahamlah perangai, memang payah nak bergaul dengan orang terutama event-event ni sebab blog Budu bukan blog berdasarkan keuntungan or blog cari makan. Hanya sekadar blog sampah dan diari online sahaja. Al kebetulan pula, blogger Wawa ajak pergi jumpa member dia yang bertugas di Hospital Port Dickson. So, dapatlah kitorang ke Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Pantai Teluk Kemang.




 Sebelum tu, sesampai je di PD, Budu dengan cik wawa pergi makan cendoi kat deretan kedai tepi Teluk Kemang tu. Perghhh jeligho molek. Sedap. PD ni penuh dengan tempat makan yang best. Selain tu, ada pasar malam yang meriah sangat, kat situ Budu suka beli kerepek ubi pedas. Memang kena la dengan jiwa. Dapat jugalah cuci mata tengok pemandangan dan abam-abam askor hehehe temporary je tuh cuci mata .Makan sudah, minum sudah...kitorang pun pergi layan posing maut kat tepi pantai. Sambil tu dapat Budu snap gambar pemandangan matahari jatuh. Cantiknya ciptaan ALLAH tu.




2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal